semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, August 13, 2006

Tanahair dan Aku - I

Balik Msia baru ni, atok ke Heathrow pakai smart-smart, ada tujuannya. Tiket MAS kelas ekonomi ditangan berkod YY, yakni bayaran penuh... ada peluang nak minta upgrade. Seminggu sebelum tu, Mummy, Kakak dan Adik walaubagaimanapun gagal untuk ke business class dengan tiket YY mereka kerana flight penuh. Lagipun, kalau ada budak2 ni, susah la sikit dia org nak bagi.

Masa check-in tu atok pun tanyalah... mamat cina msia di kaunter tu tak kasi lah pulak. Satu soalan dia tanya yang atok tak faham was "what is your history?". Atok bagitahu dia, "I'm an Enrich member, but I forgot to bring the card with me". Dia tanya lagi, "what type of Enrich do you have, gold or normal". "Normal" jawab atok. "There's not much help with normal membership", kata dia. Mmm... takpa lah kata atok, dalam hati... ceh tak dapat nak rasa dok business class.

Lepas dah masuk duty free area and buat last minute shopping of some gifts, atok lepak di kerusi menunggu kejap, pintu mana belum keluar lagi di screen. Bila dah keluar, terus ke sana... Gate 22... hujung jugak tu. Tiba di gate, panjang pulak lah the q. Bila tiba giliran atok... mamat kat kaunter tu terus koyak the section of boarding pass and bagi kat atok. Dua langkah atok berlalu, mamat tu panggil, "Excuse me Sir, can I have your boarding pass back"... dalam hati atok kata "apa hal pulak ni, ishhh"... belum sempat atok tanya, dia kata "You've been upgraded to Business Class Sir".... hehehehehee, dalam buat2 strict apek kat kaunter tadi, baik hati jugak dia.

Dok kejap, atok masuk plane lah; "at your leisure" bebila boleh masuk, tak payah nak q macam org2 di ekonomi class tu, chewah.

Tapi bila dah masuk duduk tu, dapat air etc... nampak ada engineer dok trying to sort out something, rasanya the on-board entertainment system yg tak berfungsi dengan sempurna. Lama gak dia dok 'khobek' benda tu. Dahtu, terlepaslah slot 12noon take off, kena tunggu next available slot... haiya. Tunggu punya tunggu... 2 jam kemudian baru naik ke udara.

Bila semua dah settle and stable, apa lagi... lunch lah. Starter was satay, and atok after main course yang atok pun dah tak ingat apa benda, ayam rasanya... tengok movie kejap... then, terus tekan butang bersimbol katil. Sreeeekkkkk.... flat bed pun terhasil, maka beradulah atok tak sedar apa... sampailah dikejut untuk sarapan pagi. Laaa.... dah nak tiba rupanya, sedapnye tido. For breakfast, it was nasi lemak sambal udang.

Bila keluar dan ke luggage claim, hanya travellers dari first and business class je yang atok nampak, mana yang lain semua.. takkkan la lambat sangat dia org dibenar keluar, heran. Hingga di saat atok berlalu dari conveyor dengan luggage atok pun, dia org masih belum tiba. Ke immigresen pun tak payah nak beratur, boleh guna fast track lane, senang (atok takde passport canggih yang boleh scan tu, masih yang format lama).

Nasib baik minggu tu dah kena cuaca panas kat UK, tak de lah rasa panas sangat bila keluar airport tu. Dijemput oleh kakak atok... kemudian ke Mandarin Oriental untuk bersama Mummy, Kakak and Adik yang dah seminggu di situ.

bersambung...

Comments: Post a Comment