taik kucing dalam pasir...
walau tak kelihatan, bau nya sakan.dengan peruntukan RM490 juta (lebih kurang £74 juta), sekarang ni dok kecoh pasal cadangan nak dibangunkan Akademi Sukan di tapak Tun Abdul Razak Rubber Research Laboratory, Brikendonbury, ... tempat yg sememangnya dikenali ramai oleh masyarakat Msia di UK ni, pasal di situlah di setiap tahun diadakan Malaysian Carnival sempena dengan sambutan 31 Ogos merdeka; tahun lepas tak buat, kansel.. ramai yg frust dan tertanya-tanya.
atok tak pernah nak tulis / komen pasal benda-benda gini, tapi... ntah, rasanya saban hari semakin banyak pulak kes-kes taik kucing dalam pasir ni. beberapa tahun dahulu kecoh pasal bangunan Msia Hall/MSD di Bryanston Square yang tidak diperbaharui & diserahkan lease nya. bila kata nak beli bangunan baru, maka berduyun-duyunlah broker yang dok gi berkerumun setiap hari; masing-masing dengan cadangan [dan pulangan] masing-masing; tawar menawar, hulur menghulur... macam-macam lah.
memanglah akhirnya atok pun terlibat sama semasa projek pengubahsuaian bangunan York Hotel kepada New Msia Hall /MSD kira-kira dua tahun yang lalu. tapi, penglibatan atok hanyalah semasa kerja-kerja di tapak, setelah pembelian dan anugerah tender selesai. itu pun macam-macam cerita. bangunan dibeli oleh kerajaan Msia dengan harga £13 juta, tapi sumber maklumat atok bagitahu, pemilik hotel tu jual hotelnya pada seorang broker (org Msia la jugak) dengan harga £9 juta sahaja. tambahnya lagi, ianya dijual sekali lagi dengan harga £11 juta kepada broker Msia yang lain pula... dan akhirnya seluruh rakyat Msia pakat selok poket beli dengan harga £13 juta. dan proses ini berlaku dalam beberapa hari atau minggu sahaja.. on paper je kata orang, takyah keluar sen pun... air liur je. patutlah ramai yang berebut-rebut, kalau atok tahu... atok pun try masuk; takde nak sibuk-sibuk nak tulis blog lah, apa lah sekarang ni, dok rileks atas bot di Puerto Banus la gamaknya kot... tak pun tepi tasik di Switzerland.
ramai yang terkejut dengan keuntungan £4 juta tu, kalau takat puluh ribu tak pa lah, nama lagi broker, mesti ada untung. pakcik makcik broker jual tanah getah kat kampung pun dapat jugak sikit. tapi £4 juta! ... tipah tertipu lagi.
kisah ni pernah disebut di parlimen pada bulan april tahun lepas (ada hansard kalau nak tengok) dan seterusnya diterbangkan 3 orang pegawai BPR ke Kota London untuk menyiasat. tapi rasanya takat cukup syarat je lah... tak de apa-apa pun.
tu belum cerita pasal kontraktor Msia yang buat kerja ubahsuai lagi, fuhhh... jutaria dia sapu duit rakyat Msia jugak. kontrak hampir mencecah £3 juta dengan segala mak nenek Variation Order Claims. betul, atok makan gaji dengan dia masa tu... tapi terus-terang, nak mengaku atok involved dengan projek tu pun kadang malu. sampai sekarang bangunan tu masih ada masalah, defect liability period dah lama tamat... apa peduli dia. sekali lagi, rakyat Msia akan bermurah hati selok saku masing-masing, dah la nak bayar petrol pun tak cukup sen.
lepas siap Msia Hall/MSD yang baru di Bayswater... di kawasan yang dipenuhi dengan hotel, tiba-tiba ada cadangan Msia High Commission pun nak beli bangunan jugak eh. ada lagi 29 tahun lease di bangunan sekarang, tapi... kalau beli yang freehold lagi elok, macam Msia Hall/MSD tu... firasat sebahagian orang. dah tu, jerung-jerung pun sekali lagi gempar... ramai dok gi kerumun. masing-masing nak ngap, apatah lagi bila dah nampak kawan mereka 2, 3 orang dapat segunung emas sebelumnya dari Bayswater tu.
maka berbondong datang lah lagi pasukan dari JKR gi tengok bangunan-bangunan yang dicadangkan jerung. dok cari di sekitar Mayfair, tak nak kalah eh. ada lah 3, 4 tempat. hujung-hujung, dipilihnya satu... berdekatan dengan Dorchester Hotel di Park Lane. bangunan ni pak arab yang punya, tapi dah 2 tahun dok kosong. maka dipaksabuatlah proposal akan JKR... drawings dan serba mak nenek. jerung yang empunya dah bermimpi naik ke bulan. namun, apakan daya... Pak Lah kata, tak dak duit... tok sah buat! aiseyman... (boleh simpan dalam fail sesama ngan jambatan bengkok).
ni pulak... jerung mana yang nak melombong di Brikendonbury ni? mushkil atok... nak kena ask around ni, atok pun nak jugak.
21.07.06
!!TERKINI!!
Berita dari seorang rakan, cadangan pusat sukan ini telah menemui kegagalan di meja pihak berkuasa tempatan semalam.