semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, April 23, 2006

Scouts

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan Muslim Scout semakin banyak ditubuhkan di negara ini. Kira-kira dua tahun yang lampau, atok bertemu dengan seorang Scout Leader yang menubuhkan 1st Bristol Muslim Scouts; beliau, seorang Inggeris, pernah tinggal di Msia dan bekerja dengan Proton disamping mempunyai seorang isteri Melayu.

Hari ini, giliran Reading pula untuk mempunyainya. 102nd Reading Muslim Scout Group akan dilancarkan dengan rasminya hari ini oleh Jane Lewis, ketua Scout Association di England. Ahli kumpulan akan mengangkat sumpah dengan nama Allah Subhanahuwataala.

Disamping itu juga, The Muslim Association of Britian buat pertama kalinya melancarkan program Haji bagi Muslim Scouts & Scout Leaders. Kontijen pertama ini akan menunaikan haji pada musim 2006 yang akan datang.

Atok dulu pun scout juga, tapi tak la habis sampai ke Pengakap Di Raja... tinggal sekerat jalan je, sampai form 4 gitu.

Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link