semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, March 26, 2006

Penantian 135 tahun berakhir....

Semalam menamatkan penantian yang panjang.

Reading FC logoSejak hari pertama wujudnya pasukan ini, 135 tahun yang lampau... kisah petang semalam di bandar Leicester mengotakan harapan dan impian terlalu ramai orang. Reading Football Club yang ditubuhkan pada tahun 1871 akhirnya berjaya memenangi Liga Championship dan akan beraksi di dalam Liga Premiership di musim hadapan.

Tuan punya kelab, Encik John Madejski bergegas pulang dari percutian di India kelmarin untuk menyaksikan hari bersejarah ini; kelab yang diselamatkannya pada tahun 1990 lalu. Pada tahun 1998, beliau mencurahkan hampir £25 juta dari sakunya untuk membina Madejski Stadium (MadStad) yang bertaraf antarabangsa dalam menjangkau impian melangkah ke Premiership. Petang semalam...segalanya berhasil.

Rata-rata seantaro dunia mungkin belum pernah dengar nama Reading FC dan Madejski Stadium, tapi musim depan akan menukar segalanya.....

John Madejski adalah antara orang terkaya di UK. Beliau mandapat rezekinya dari majalah Auto Trader yang beliau mulakan pada tahun 1976 (tahun 1998 beliau menjual majalah ini dgn harga £174 juta), dan di tahun 2000/2001 tinggal di Kuala Lumpur selama setahun dan menubuhkan majalah Motor Trader di Msia.

Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link