Baru
Weekend hari tu, gi ambik kereta from the accident repair centre, dah siap, selepas 2 minggu di situ. Atok tanya dia, berapa the cost, saja nak tahu walaupun insurance yg settlekan. It was £2,942. Apa yg ditukar:-- bumper depan + belakang,
- bonnet,
- front grille,
- both headlights,
- radiator brackets,
- ketuk sikit boot floor + tarik chasis; and
ntah apa-apa lah lagi.
Semestinya, repair kereta utk insurance ni memang lumayan. Cuma nak kena pandai isi borang, ataupun org kata 'tulis case'. Hari tu, dua-dua headlights tu takde apa-apa pun... tapi now dah dapat a pair of shiny new ones. Anyway, masih berbau cat lagi, kembali ke asal >
atok selalu dengar, ramai org mesia sebut "bonnet depan" dan "bonnet belakang". aiseyman... mana ada 'bonnet belakang' bang oiii. yang kat belakang tu namanya 'boot'; 'bonnet' tu yg kat depan, bawahnya ada enjin. samalah juga pada manusia, mana ada 'bontot depan' dan 'bontot belakang'. cakap je 'bontot' maka dah faham ianya part yg kat belakang tu; yg kat depan tu namanya lain.
tapi kalau di tanah tumpah Enche Dubya pulak, takde 'bonnet' dan takde 'boot'. Yang ada ialah 'hood' dan 'trunk'.
kebanyakan kereta enjinnya di bawah 'bonnet', tapi kereta VW Beetle lama dan Porsche ... enjinnya dalam 'boot'.
kalau kat sini ada 'car-boot sale', mungkin kat mesia ada 'car rear-bonnet sale'. mesia boleh ! :))
------------
Satu lagi yang baru ialah musim. Sekarang ni dah Spring. Maka bunga-bunga awal spring pun mulalah mekar. Tahun ni spring ni lambat sikit pasal winter tak mahu berlalu. Anyway, ni dia a few shots from my own gardens >