semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, March 17, 2006

3 ciuman dan aku bergetar

Hari Rabu minggu lepas, di pagi hari .... 3 pompuan telah bagi 'ciuman' di belakang atok.

Tersentak, bergegar, termasuk dan terjungkit...

Inilah jadinya >

IS_frontIS_rear

Sekarang di workshop, katanya 2 minggu. Sementara itu atok diberi Ford Ka.
Nampak sikit, tapi depan belakang kena tukar. Belakang tu termasuk sikit, jadi kena 'tarik'. Depan tu, bonnet, grille dan bumper kena tukar. Tu tak buka bonnet lagi, mungkin ada internal damage..... macam-macam.

Apa-apa pun, bukan salah atok dan atok tak de apa-apa. Minah di belakang yang 'cium' atok memula tu was taken to the hospital, ada chest pain. Minah belakangnya yang lagi kuat hentam 'bontot' dia sampai remuk pun tak de apa-apa. Dan minah yang paling belakang yang hanya calar sikit je bumper depannya pun tak de apa-apa. Mamat depan atok yang juga tercalar bumpernya (kereta atok tertolak ke depan selepas 3 hentaman belakang) pun tarak pa-pa.

Yang nyusahnya, nak kena isi borang macam-macam; polis + insurance.

Comments: Post a Comment