Syabas Bandaraya ku !
Hari ini Tanah Serendah Sekebun Bunga telah selamat diistiharkan sebagai sebuah bandaraya.Juga, tahniah kepada pihak penganjur Konsert Tautan Kasih yang akhirnya berjaya mempamirkan kepada semua bahawa ianya boleh dilaksanakan dalam batas yang mereka kehendaki, walaupun dengan berbagai political spins yang bertiup kencang dan tak putus-putus sejak dari saat Tuan Guru mula menuturkan agenda ini.
Sudah dibaca akan hu-ha hu-ha di media akan liputan konsert ini; yang dikatakan sebagai satu-satunya konsert umum yang dimulakan dengan solat berjemaah dan tazkirah agama; yang belum pernah terjadi di mana-mana tempat sebelum ini. Apa pun, syabas kepada penganjur (yang termasuklah rakan sekolah dan ahli keluarga; penggiat parti); disamping menyediakan hiburan kepada masyarakat yang telah lama dahagakannya, nampaknya ia telah menjadi satu PR event yang amat berjaya... dan mendapat liputan luas pihak media ["there is no such thing as bad publicity"].
At least, tak ada mat-mat rempit yang mabuk yang berlaku ganas dan petugas kebersihan juga tak perlulah mengutip puluhan, malah ratusan kondom terpakai di pagi esoknya (sesuatu yang lumrah di kebanyakan konsert di tanahair).
nota kaki:
masa kecik-kecik dulu pun, bila ke Stadium Sultan Muhammad IV untuk tengok bola... kelihatan ramai kaki bola yang datang dari jauh menunaikan solat maghrib di tempat letak kereta, malah ada juga yang terus masuk awal... bersolat di 'tangga' tempat duduk di dalam stadium.