Selamat....
kepada semua sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-48.mmm... dah lupa dah apa atok buat kalau kat tanahair dulu2. pernah sekali ke Dataran Merdeka, tapi takde apa...hanya pekikan sumbang di sana sini: merdeka! merdeka! merdeka!... pastu bersurai. hambar...
kat sini, hari kemerdekaan selalunya dikembarkan dengan sambutan tahunan Malaysian Carnival. tapi tahun ni tak dibuat pula; pasal Dato' duta tak nak rakyat Msia buat perjalanan yang bukan kemestian dalam suasana keselamatan yang agak berkecamuk ini; terdorong dari sambutan Thai Food Festival di bulan lalu yang terpaksa dibatalkan bilamana dok tengah seronok berpesta, ada pula panggilan ancaman bom. maka terpaksalah bersurai walaupun akhirnya ternyata ia hanyalah satu panggilan palsu.
perkara utama di Msian Carnival ni ialah makan, sambil seronok2 tengok/ambil bahagian dalam beberapa acara tele-match. Kakak seronok sangatlah nak masuk semua benda... dan bila ada peluang naik pentas, dialah yang dulu. tiga tahun lepas dia naik berdansa hebat dengan lagu les ketchup hinggakan sampai sekarang ni pun masih ada orang yang cam Kakak: 'ni yang menari kat Msian Carnival tu kan?' selalu orang tanya.
merdeka dinner di kedutaan masih akan diadakan pada minggu depan. kad jemputan ni atok belum balas pun lagi, tapi dah booked cuti separuh hari untuknya. kena pakai dinner suit ataupun baju kebangsaan. tahun lepas atok pakai dinner suit je, dan 99% yang hadir pun begitu... kecuali staf embassy yang menggayakan baju melayu/kurung masing-masing. tahun lepas, kawan atok, chef shawal dari holiday villa yang masak macam-macam. tahun ni katanya orang lain.... bukan lagi holiday villa. takde chan lah nak ta-pau kuih-kuih macam last year :(
kepada semua, sekali lagi:
selamat sejahtera aman damai.....