Atap genting atap rumbia
Kali ni nak cerita pasal kerja lah pulak; rasanya belum pernah story hal kerja.Office yang sekarang ni... kebanyakan projek adalah bersangkutan dengan motorsports, pasal salah seorang daripada tokey kami tu amat aktif dan mempunyai ramai rakan dalam bidang ini. Dan seperti sedia maklum, orang-orang di dunia motorsports ini berpoket labuh lagi besar belakanya.
Sebagai perunding displin perbagai, kami bolehlah dianggap sebagai pemacu utama dalam projek wind tunnel untuk industri kereta lumba Formula 1. Kalau tak silap, setakat hari ni, dah 6 atau 7 wind tunnels kita dah buat. Yang terkini siap baru-baru ini adalah pada awalnya untuk Team Jaguar, tapi di hujung-hujung ianya bertukar menjadi wind tunnel untuk pasukan Lembu Merah. Nak ditakdirkan, secara kebetulan, warna bangunan tu pulak biru... jadi masuklah dengan warna tuan punya baru. Dan sekarang ini, satu lagi wind tunnel untuk BAR (British American Racing) sedang rancak direalisasikan di tapak bina. Projek terdahulu yang lain-lainya, termasuklah BAR Headquarters, BAR Drivers Club, Jaguar Research Centre... termasuk jugalah perbagai projek yang tak/belum menjadi, i.e. hanya di atas kertas sahaja, seperti Moscow F1 Circuit, BAR Museum, dll.
Nak dijadikan cerita, sejak dua tiga hari ni, atok dipertanggungjawabkan bersama seorang lagi rakan sekerja untuk mengendalikan projek rumah persendirian yang terletak di pinggir Kota Dublin, Ireland; tuan rumahnya, kawan boss.... bekas pelumba kereta terkenal siri Le Mans, sekarang ni jutawan hartanah dan juga industri kereta lumba; tersenarai dalam The Times Rich List pada setiap tahun.
Asalnya, sudah ada arkitek yang merekacipta rumah ini, tetapi atas beberapa sebab yang panjang dan komplek (lagi tak boleh) nak dikisahkan... kami telah 'mengambil-alih' projek ini. Tapi pasal dah ada planning permission, jadi kena diteruskan mengikut rekacipta asal oleh arkitek yang juga merekacipta rumah penyanyi terkenal Bono.
Pening hah.... tapi amat menarik dan seronok buat projek macam ni. Cuma satu hal je yang membuatkan kebanyakan firma-firma besar tak suka nak buat projek-projek persendirian ni > banyak kerenah sikitlah. Yelah, duit dia... dia punya suka lah apa nak buat kan. Ni pun, tuan tanah dah bagi foto menunjukkan satu dinding batu (dry stone walling system) yang beliau nampak di Spain, dia nak macam tu kat rumahnya. Tergaru-garu kepala structural engineer kami....Tu belum masuk kisah puan besar lagi. Hah... ini yang paling dahsyat, mengikut pengalaman lalu di Malaya. Bila datang time, "I saw this wall tiles in Italy...", ataupun "I like this shower room I saw in .... "... dan "My friend in the States has this kitchen... ". Pernah dalam satu projek tu, di Perak, maam besar tukar bentuk swimming pool nya sampai 5, 6 kali. Tu belum masuk bab warna swimming pool tiles lagi tu, warna carpet, etc etc.
Tadi, dalam dok cari-cari suitable product untuk solid wood flooring with underfloor heating, terjumpa satu website; ditulisnya... projek-projek rumah persendirian yang mereka dah buat: antara lain > Bill & Hillary Clinton, Dona Karan, Rockefeller family, Harrison Ford dan Bill Gates. Ada cawangan di NY, Dublin, London, Amsterdam dan Moscow. Hah... atok pun apa lagi, terus talipon la, mintak hantar product info. Sanitary fittings sudah semestinya dari Villeroy & Boch. Dan sudah ada cakap-cakap... tuan tanah minat akan granite dari India. Atok dok fikir jugak, ada tak apa-apa boleh rekomen dari tanah tumpah darah?
Kalau dah poket lanjut tu kan.... macam-macam boleh.
Tak dapat merasa, jadi tukang cari pun jadilah.....