Seratus Peratus Rekacipta
Hari Khamis lepas, Team Leader kami memutuskan bahawa kami 'bungkus' awal untuk ke 100%Design dan 100%Details yang berlangsung di Earls Court 2, London, katanya untukOleh kerana atok seorang sahaja yang tak tonggang, maka seluruh ahli sebulat suara mencadangkan dan menyokong penuh bahawa atoklah yang memandu. Kami bertolak kira-kira jam 3:30ptg dan tiba kira-kira sejam kemudian.
Setibanya di depan balai pameran, sudah ramai manusia yang keluar masuk dengan berbagai gaya dan pakaian; maklumlah... para designers lah kata kan. Oleh kerana kami semua dah pre-registered dan sudahpun ada badge masing-masing, maka masuklah terus lepas di-scan tag kami masing-masing di pintu. Tidaklah atok nak cerita pasal macam-macam produk yang dipamerkan, nanti boring lah teramat jadinya. Ada a few yang amat menarik, jadi sembang2 and ambik brochure lah, macam biasa. Boleh kata semua booth ada pen scanner, jadi tak payah lagi nak isi-isi borang dan sebagainya macam dulu, sekali zzap je... dah masuk dalam database dia orang, dan maklumat yang diperlukan akan diposkan kemudian.
Di sebalik banyaknya booth yang disediakan, ada beberapa companies yang ingin membuat gempaq dengan mengambil ruang lantai yang lebih besar dan 'membina' sesuatu yang lebih wow. Seperti yang ini... (photo dari my K750i mobile, rasanya tak boleh ambik gambar dlm tu, tapi with mobile...cepat2 boleh curi ambik)
1.
2.
3.
Dalam ronda-ronda, atok terserempak dengan kenalan lama, Syed N ... laaaa, ingatkan kau dah balik Msia, kata atok. Jadinya borak2 la kat situ, and bertukar2 card, phone numbers etc etc. Syed N is the son of Datuk Syed Ahmad Jamal the famous visual artist.
Atok tak stayed lama, pameran tamat jam 9mlm... atok cabut dalam jam 8:15 gitu. Sebelum balik, singgah sekejap di Holiday Villa, jumpa Hj Chef di dapurnya. Nampak macam ramai jugak di Lagenda Restaurant malam tu... jenguk2 dari jauh je.
Tiba rumah dah dekat jam 10mlm... penattttt. Tahun depan gi lagi.