semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, July 09, 2004

'Serangan' ke atas Qaradawi

Sejak dua tiga hari ini, media massa di UK tak putus-putus menyerang Sheikh Yusuf al-Qardawi yang datang sebagai tetamu kehormat kepada Datok Bandar London, Ken Livingston. Ini adalah kerana beberapa pendapat (fatwa) tokoh itu yang bertentangan dengan pandangan serta pendirian umum rakyat di sini; topik utama yang diwar-warkan termasuklah:
- suicide bombers di Palestine yang 'dibolehkan' oleh beliau;
- kenyataan pedas terhadap orang-orang Yahudi;
- fatwa kerasnya kepada golongan gay dan homosexual;
- memberi kebenaran untuk 'memukul' isteri dengan tangan, dan
- banyak lagi lah yang dicetak sebar.

Namun, kenyataan akhbar dari Muslim Association of Britain menyangkal tuduhan dan kecaman ini.

Sebenarnya, kata Sheikh, beliau dah terlalu banyak kali datang melawat ke UK ni, tapi tak ada bising-bising pun sebelum ni. Yelah kan, ini telah jadi kisah politik pasal Encil Ken Livingston yang jemput. Tambah pulak lagi, ia menjadi peluru baik kepada para penghantam kerajaan Labour pimpinan Tony Blair. USA telah tidak membenarkan beliau masuk atas sebab dikatakan mempunyai pertalian dengan kumpulan militan dan berpendapat radikal yang boleh mencetuskan kekacauan agama. Namun kerajaan di sini tidak berupaya untuk melarang kunjungan beliau selagi Sheikh tidak membawa sebarang kekacauan (yang hanya boleh dinilai oleh pihak polis dan badan keselamatan), begitulah kata undang-undang pulau ini... dan masing-masing mematuhinya. Di sesetengah negara lain, ahli politik lah yang mempunyai kata putus, bukan buku undang-undang :D

Begitulah kisah semasa...

Comments: Post a Comment