semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, July 20, 2004

Dia nak mai dah

Hari ni atok ke MSD/Msia Hall, pasal tolong programkan access card/door. Memang this item atok yang jaga, so since ada 2 lagi pintu baru dipasang dengan sistem Salto ini yang lazimnya digunakan di kebanyakan hotel dan pejabat, atok gi setkan lah. 
 
Persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan Pak Lah sedang berjalan lancar. Esok ada VIP/Menteri akan tiba dan menginap di premis baru ini (ada 4 Suites di tingkat 5, khas untuk pegawai kerajaan [sahaja] yang berkunjung).  Sedang atok dok tolong pasangkan tempat plak untuk Pak Lah nak tandatangani tadi, ada pegawai polis berbaju preman dari Metropolitan Police datang untuk meninjau; mereka ditugaskan untuk mengiringi (escort) Pak Lah hingga ke pintu masuk, pada pagi Sabtu 24hb ini  bagi tujuan perasmian bangunan baru (yang telah menerima banyak sekali pujian dan juga sedikit 'kutukan' dari berbagai pihak yang dah atok jumpa dan dengar).  Sebelum tu, Pak Lah akan bertemu Maharaja Tony Blair pada hari Jumaat 23hb.  Dah tentu cakap pasal Iraq.  Hari ni dalam PMQ's (Prime Minister Questions), Maharaja sekali lagi diasak hebat pasal Iraq. Semalam dengan Raja Maharaja Bush pun dah dikisahkan akan Pak Lah akan bumi Tigris juga.  Kata Pak Lah, Msia sudah bersiap sedia nak hantar pasukan perubatan bila ianya agak stabil, dalam menjayakan program pembinaan semula Iraq (yang atok dok tungu nak gi juga, tapi dah seminggu...senyappp je mamat agency tu).
 
 
Pengumuman:
Pembukaan Rasmi MSD & Malaysia Hall (Baru) oleh Pak Lah
24hb Julai 2004 9:00 pagi
Semua dijemput (makan), tapi kemasukan ke dewan hanyalah terhad pada yang dijemput khas sahaja (wakil persatuan pelajar dan vice chancellor univ mereka), pasal tak cukup kerusi, maklumlah, dewan kecik je, bukan macam dulu.
 
Dah sudah tu, bawa Kakak ke Hamleys, habis sen lagi...mmmm.
 
notakaki:
PMQ's ialah sessi disetiap hari Rabu jam 12 tengahari dimana PM akan masuk parliment untuk diasak hebat oleh terutamanya ketua pembangkang. Dan sepertimana kita tahu, semua sidang parliment di sini disiar langsung ke kaca tv, corong radio, dan monitor komputer. Sememangnya, PMQ's adalah sessi yang amat popular kerana di masa inilah parliment begitu hidup dan meriah dengan perdebatan yang kadangnya menghiburkan.
 
Sayangnya... di Msia, tuan boss sendiri pula yang tengok tv dari kejauhan.





Comments: Post a Comment