semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Saturday, July 10, 2004

Gendang dipalu, gelanggang dibuka

Gendang sakti telah dipalu di Gua Musang semalam. Telah dituturkan apa yang ditunggu-tunggu sejak akhir-akhir ini, Ku Li telah setuju untuk turun (sekali lagi) ke gelanggang agong penyabungan terulung. Maka kacau bilau lah sekali lagi akan segenap cawangan parti untuk meletak nama penyudah bicara di mesyuarat masing-masing. Seperti juga gelanggang bolasepak Eropah yang penuh celaru dengan tukar-beli pemain sebelum bermulanya liga masing-masing selepas berehat di musim panas, begitu jugalah iklim di tanahair bagi parti melayu ini.

Beberapa bulan yang lampau, kenalan atok, Sang Kelate, yang tinggal di sebelah utara pulau Inggeris ini telah menulis bahawa mungkinkah teori yang sering diperkatakan, Teori RAHMAN, akan berakhir menjadi RAHMAT? Pada masa itu, ianya berkisar atas tekaan siapakah akan menjawat kerusi TPM (yang seterusnya bakal menaiki takhta PM). Namun kali ini, nampaknya RAHMAT telah masuk gelanggang untuk sama-sama bersilat dengan RAHMAN secara terus satu lawan satu. Kita tunggu dan lihat siapa yang jaguh.

suatu waktu di bukit cekati, di tahun 1994, dengan air sungai mengalir lembut:
atok: pokcik...bilo agoknyo roof beams ni buleh naik?
pokcik contractor: ruh bing? ado, ado...dok ddale, nok gali tengok?
atok: err..takpolah. jadinyo, bilo beam atah ni buleh naik pokcik?
pokcik: ooo...bing atah, aghi ning buleh naik...keno bekki mecha dulu lah... mecha jeng.

[kenangan atok memeriksa tapak bina komplek rakyat dan rumah hinggap di bukit cekati, gua musang suatu waktu dahulu]

Comments: Post a Comment