semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Saturday, July 03, 2004

Open Day

Semalam ada Open Day di sekolah Kakak.
Para ibu bapa bagi tahun pengajian Kakak dipersembahkan dengan perbagai acara, bermula dengan persembahan pelajar di bilik darjah berkenaan dengan projek-projek yang telah mereka buat, kemudian ada bacaan puisi dan persembahan musik. Walaupun cuaca agak kurang baik dengan hujan renyai-renyai diselang seli dengan sinar mentari, sempat juga mereka mempersembahkan Maypole Dance dan juga County Dance.


Susulan dari isu hangat tempohari, Guru Besar telah mengadakan perjumpaan dengan kami ibu bapa di perpustakaan. Dijelaskan beliau bahawa jumlah 24 orang adalah jumlah maksima sebuah kelas dan sememangnya sebelum ini tidak pernah jumlah itu dicapai [2 buah kelas di tahun Kakak ketika ini ialah masing2 18 dan 16 orang], kerana tiada calon yang sesuai untuk diterima masuk. Sehubungan dengan itu, saiz kelas buat ketika ini, tambahnya lagi, adalah sebenarnya rendah. Beliau menyakinkan kami bahawa penambahan murid ini tidak akan menjejaskan pembelajaran dan sebagainya.....

Comments: Post a Comment