Di radio
Pagi tadi tetiba dapat text (org Mesia panggil 'sms') from Kak Zaharah.Katanya Radio Rantauan dah online! So atok pun terus masuk check, pasal baru-baru ni Kak Zaharah (Zaharah Othman, NST journalist in London) menemuramah atok sekejap, pada hari makan-makan sempena perpindahan MSD/Msia Hall ke bangunan baru [dengar kata dah 2 kali tunjuk kat TV3 di tanahair pasal new building ni]. So, adalah bahagian atok, paling akhir. Kak Z letak gambar atok yg mata terpejam pulak tu, aiseyman..... hilang glamer; gambar last summer lagi pun.
Radio Rantauan adalah satu usaha terkini dari ahli-ahli Rantauan.com bagi mengiratkan lagi silaturahim dan saling bertukar pendapat dan pengalaman sebagai perantau. Atok adalah antara yang terawal menganggontai portal ini, yang dimulakan oleh seorang perantau di LA. Sudah bermacam-macam program telah dijalankan melalui portal ini di kalangan ahlinya yang berada di seluruh dunia. Dah sekarang ni teknologi penuh tinggi, nak organise things online pun senang, walaupun di benua lain.
Dari portal Radio Rantauan juga ada link untuk mendengar Radio Melayu Melbourne. Mungkin elok juga kalau boleh ada Radio Melayu UK... ada sesapa nak bagi sen tak? atok boleh jadi deejay, hahahahaa.... Boleh buat drama melayu di radio, something like..
A: eh dasyat la kau masak... mat saleh sebelah tak komplen ke?
B: ala... lantak lah, bagi dia tahu sikit camne bau belacan. Hari tu ada gak makcik tu tanya aku, aku buat tak paham je....
A: esok camno.. jadi?
B: macam biasalah... kau nak gi car boot yang mana satu?
A: aku ingat nak gi yang jauh sikit la, dah boring kat sini... barang pun kat sana elok-elok sikit, nak ikut?
B: boleh juga... oklah, aku balik dulu, nak singgah beli kebab kat tepi tu jap. kau tak gi hantar mat c balik mesia ke malam ni?
A: mmm... rasanya tak lah, aku dah kata bye-bye kat rumahnya tadi, lagipun malaslah aku nak ke heathrow tu.
Hahahhaha.... no 5 persiaran 1