Pengundi Berdaftar dengan SPR di Terengganu Pengundi Biasa : 450,442
Pengundi Pos : 5,482
Jumlah Pengundi : 455,924
Jumlah Kiraan Undi Pilihanraya Umum 2004 di Terengganu Jumlah Undi 2004 BN : 340,974
Jumlah Undi 2004 BA : 266,626
Jumlah Pengundi : 607,600
Jumlah Pengundi Berdaftar vs Jumlah Kiraan Undi Yang diPerolehi
607,600 - 455,924 = 151,676
SPR cuba buat silap mata atau mata SPR yang silap?
- ada juga kertas-kertas undi yang dijumpai di tepi jalan (silap mata tak menjadi)
- kertas-kertas undi diketahui akan penandanya sekelian (agar mata SPR tak silap)
>>> Dengan mata silap, SPR buat silap mata ! err... kurang menjadilah, 5 tahun lagi cuba lagi ye.
Segalanya selesai. Tidak perlulah diwar-warkan kemenangan BN kerana rata-rata marhean sudah maklum puak ini akan menjulang tropi dalam persilatan yang tidak sekufu ini. Pada pandangan Atok:-
- Pak Lah agak bijak menjalankan pilihanraya secepat mungkin (bila masalah2 asas sudah selesai), kerana beliau masih belum 'kotor' lagi. Kalau tunggu lama-lama, makin banyak cerpen panas yang akan keluar dari celah-celah dinding kota;
- Kepinggiran Maharaja lama/tua telah menyelamatkan BN kerana beliau dilihat sebagai sitting duck dengan guninya yang bocor disana sini kelihatan bersepah di merata tempat tak upaya disorok lagi;
- Penarikan diri kumpulan aktif Abim yang sebelum ini adalah jentera besi keluli pacuan empat roda KeAdilan sejak beberapa bulan yang lampau akibat pergeseran dalaman telah melumpuhkan banyak anggota tubuh badan parti ini. Disamping terlalu menitikberatkan kisah laksamana terpenjara, lantas tampak kurang pesona tanpa isu-isu rakyat pacar yang hina yang bertebaran;
- Penyerangan secara total ke atas puak PAS dari setiap sudut dengan jurus dan buah-buah maut, di samping 'kesilapan' beberapa sifunya sendiri yang mengeluarkan titah yang kurang menghiburkan di detik-detik penghujung. Penaburan dana yang tidak dapat dibayangkan dari ketumbukan berpanji biru tua mungkin berjaya membeli nafs ramai marhaen dari bumi berbulan purnama; di samping...
seperti biasanya, pihak penganjur pertandingan yang dicucuk hidungnya dengan tali emas, ditunggang dan dibelati hingga tidak upaya hatta untuk membuka mata mengintai.
yang manis jangan terus ditelan
yang pahit jangan terus dibuang
"The truth is more important than the facts" - FLlW
Latest news: Both BN and PAS claim victory in Kelantan. Alamak... pe citer lak ni???
Ada 45 kerusi DUN: BN kata dia menang 23, PAS kata dia menang 24. Lagu mana pulak ni? Either way, one side might win by only 1 seat, which is surely gonna be a tricky state to govern.
Earlier results: Hj. Hadi and Nik Aziz both lost their state seats.
Latest: Both won.
Kelantan and Terengganu recaptured by the BN! Liberation? Wind of Change? Money politics?
I guess as I'm typing.... posters, captions, banners, greetings, potraits, etc put up by the losers over the years in the two states are being torn down as those people did to Saddam's. Some of my friends here just couldn't believe this... we're still puzzling from afar. I'm waiting for it to settle and read all the post-mortem and counter arguments from the defeated lot. This will surely be very interesting. A friend told me, people in Jeli were given RM200 per person to put the the X to a certain box.... and there shall be lot more stories of similar line.
Meantime.... sit back, re-load and watch (the computer screen).
Atok has been monitoring the election news since early morning. Seperti biasa, banyaklah kisah kacau bilau di pusat mengundi. Ada yang SPR silap cetak logo parti pembangkang, ada yang jumpa ramai pengundi hantu (termasuk yang dah lama meninggal dunia), ada yang menyamar jadi penyokong dan buat kacau, dan segala macam tektik dan teknik kotor lagi. Segalanya untuk menang; kemenangan melalui etika taik kucing (walaupun cuba disembunyikan dalam pasir, namun baunya mencengkam sukma).
Kepada rakyat tanah tumpah darah, selamat mengundi.
Atok tak ngundilah. Bukan apa... undi pos, tahu-tahu jelah kan, bukannya boleh percaya sangat kredibilitinya. Ntah tiba/dikira ntah tidak. Mengikut senarai dari Pejabat Kedutaan Besar Msia di London, hanya 18 orang sahaja yang telah mendaftar untuk mengundi pos dari pulau impirialis ini. Lagipun, mengikut kenyataan resmi dari pejabat itu, kertas-kertas undi hanya diterima oleh mereka pada 19hb (Jumaat) untuk dihantar kepada pengundi berdaftar. Katalah, Sabtu tiba pada pengundi, ataupun mungkin Jumaat juga tiba kalau pejabat Duta hantar melalui 'same day' kourier. Dahtu, pengundi kena hantar balik kertas-kertas undi tersebut ke SPR Msia dengan apa cara sekalipun dan hendaklah tiba di tangan SPR sebelum jam 5:00 petang 21hb Ahad untuk diterima sebagai undi pos. Mmmm... pos laju pun paling cepat 4 hari baru sampai. Buat pengabih duit je lah sudahnya. [another chapter of SPR's lawak jenaka hiburan rakyat jelata].
Lagipun, untuk kerusi di tempat atok... dah tahu pemenangnya. Di pilihanraya sebelum ini, DUN dimenangi oleh PAS dengan majoriti 7 ribu lebih, sementara Parlimen oleh KeAdilan dengan majoriti 10 ribu lebih. Lagi mau lawan ka? Takpalah... bagi chan la.
All the best to all... fair play please [a bit tall order though]. I'll be checking the results from here...
mari lah mari
pergi mengundi
tunaikan kewajipan
pada negara
jeng je jeng... je jeng, je jengggg
[kempen undi dulu-dulu]
A few days ago, Atok received a circular email from my friends of OBAAM (Oxford Brookes Alumni Association Malaysia) that they are planning a trip back to our beloved alma mater this April. Apparently, this is the first alumni association of OBU to organise such trip back to the memory lane. The university will provide them free accomodation at the newest hall of residence for 2 nights and from the response I'm monitoring (officially, I'm not a registered member of OBAAM; you know... I'm here, they're there; kind of impossible to join their programmes... but I do keep in touch though), it has been a hot cake. I might meet up with them, depending on our schedules. Love to see the list of the delegate (most of the committee members are from my time there) that join this great journey back.
Three years ago when I was last back home (it was my first Raya at home after 8 years), I met up with three of my schoolmates for a supper at the famous Mak Su Nab Nasi Air near my parents' house. Thinking back, strangely, we didn't talk about our school at all...mmm. I guess, it was a bit too long ago to go back. We were the pioneers of then not-yet-finished-with-no-CF-school back in 1982.
For instance, there was no playing field, all we had was a big area full of 'lalang', stones and god knows what. Every afternoon we lined up across the 'field' and with the fierce wardens guarding us, we walked and picked up all the stones and rubbish, filling up our 'baldi'. We even found tembikai in that field, and not to forget, a small tokong cina under the lalang. At the end of the supposedly 'waktu bersukan', all we did was brushing our full-of-kemuncup track bottoms. Soon, the school managed to make a deal with a daily school across the road and we took turns (according to 'rumah') to use their fields. Only on the second year of the school we managed to finish our job putting up a decent playing field for ourselves, a feat we are all proud to these very days. The day when the goal posts were positioned on that field was a very joyful moment for us. We then told adik-adik, "WE created that playing field with our bare hands". I wonder how my school looks like now.... not been there since I went to pick up my SPM result.
May be we, the pioneers, need to organise a reminiscence trip to the once upon a time (our time) a place the locals called 'sekolah PAS' [i'll blog about this next time; some shocking stuff].
Saban hari suratkhabar di sini merencanakan alkisah situasi bagaimana pekerjaan kolar biru jauh lebih terjamin masa depan disamping memberi pulangan yg lebih lumayan. Beberapa hari lepas, ada cerita bagaimana seorang bio-chemist yg berpendidikan PhD menukar karier kepada pemasang paip gas. Sahibul hikayatnya, dengan memerah otak di makmal kajian, beliau dibayar £23,000 setahun. Tapi dengan berkolar biru dan mengangkat spanar besar, beliau mampu menyeluk koceknya yang berisi £30,000 setahun disamping terjamin masa depannya. Kemudian satu lagi coretan meriwayatkan bahawa saintis tersohor seantara ro dunia - atas kejayaan beliau mengklonkan biri-biri 'Dolly' beberapa tahun lalu - suatu hari, mendapat tahu bahawa lelaki yang menyelenggara mesin 'Coke' di makmalnya hanya membawa pulang kurang £3,000 setahun sahaja darinya. Lagi satu khabaran, sebuah kolej di London yang membuka pendaftaran untuk kursus 'plumbing' nya sebanyak 35 tempat, telah dipohon oleh ratusan orang termasuk graduan dan stockbrokers. Pernah di tahun lalu, seramai lebih 2,000+ orang memohon untuk 36 tempat kursus tukang paip di Bristol.
Begitulah situasinya di sini. Di tahun-tahun 80'an dan awal 90'an, kerajaan begitu bersungguh-sungguh menyeru rakyatnya untuk ke university. Maka berbondong-bondonglah ke sana dengan bantuan kewangan dari kerajaan tempatan masing-masing. Lantaran itu, berbondong-bondong jugalah keluar dengan gulungan ijazah di tangan, bertebaran mencari rezeki yang agak terhad peluangnya. Sudahnya, kekosongan di dunia yang berkolar biru. Maka secebis yang dulunya dianggap kurang bernasib baik, juga kurang bijak untuk ke menara gading... sekarang ini boleh besar kepala menyeluk kocek yang berkolar putih sedalam mana sesuka hati mereka. Pendek kata, yang berkolar biru boleh memilih kerja mereka. Bricklayer boleh dapat antara £150 hingga £200 sehari. Pumber, kalau emergency, call out charge dah £30-£50, belum buat apa-apa lagi tu... dahtu, hourly rate pun lebih kurang gitu jugak, belum masuk harga barang. Selalunya, upah lebih mahal dari harga barang. Tahun lepas, kawasan rumah atok dilanda ribut. Adalah satu ridge tile yang hujung tu, terkopek (tapi tak jatuh). Panggil lah mamat ni (atok nak naik, takde tangga...lagipun gayat + bahaya). Dia naik bawa cement mortar sejemput... tak sampai 5 minit, siap. Dah kena £60.
Demikianlah ceritanya.... yang berkolar biru, walaupun terpaksa berkotor-kotor, bersejuk-sejuk... tapi koceknya jauh lebih dalam dari sebahagian besar yang berkolar putih. Tapi tak semua yang berkolar biru boleh begitu, hanya sebahagian, yang penting-penting sahaja; seperti plumber, electrician, decorator, plasterer, etc.
Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga
Kerja, kerja, kerja
Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesin dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru
Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku
Kerja, kerja, kerja
(Kolar Biru: Kembara, 1983)
... and architects are among the lowest paid professionals in the UK. :(
Kakak's 2009 Diary:
>The King & I @ Royal Albert Hall
>The King & I Presscall
>The King & I recall audition II
>BBC Bo The Spirit World audition II
>The King & I recall audition I
>BBC Bo The Spirit World audition
>The King & I audition
>LCB Masterclass Kakak's 2008 Diary:
>LCB Final Audition
>LCB audition
>Lion King Cub School audition
>Scientific Toys photoshoot
>Bicester Village advert casting
>BBC All About Animals photoshoot
>Stagecoach end-of-term show
>Ballet Medal Test '08
>BBC All About Animals casting
>Knorr advert casting
>Zoey 101 magazine photoshoot
>IKEA Commercial casting
>Key Stage 2 SAT Exam
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 4 Exam
>Street Dancing 2008
>Nintendo DS casting
>Clarks International photoshoot Kakak's 2007 Diary:
>BBC Girl Talk photoshoots
>Mawi's London Debut
>Hippie-hippie Shake filming
>OMEC Merdeka Ball
>Merdeka Carnival
>LAMDA Exam
>High School Musical Summer Workshop
>'Walking Bus' Campaign photoshoot
>The Golden Compass re-shoot
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 3 Exam
>BBC's Girls Talk audition
>Honda F1 car launching
>Northern Lights/Golden Compass filming Kakak's 2006 Diary:
>Northern Lights/Golden Compass filming
>Run, Fat Boy, Run filming
>Young Performers 2006
>Philips: The Simplicity Event 2006
>British Airways advert casting
>Ballet Medal Test/Award 2006
>Aladdin pantomine audition
>Zena Holloway underwater photo shoot
>Royal Ballet audition
>CFC-free inhaler promo photo shoot
>Clarks Shoes International photo shoot
>David Beckham Football Academy casting
>Royal Academy of Dance Ballet Exam Kakak's 2005 Diary:
>The King & I UK Tour
>Fashion Photo Shoot - Covent Garden
>Ballet Medal Test/Award 2005
>Cinderella audition
>GMTV recordings
>Nutcracker 2005
>Cinderalla 2005
Previously employed by
Ridge & Partners LLP, Oxfordshire
Syarikat Pembinaan Anggerik, London site office [contract] for the New MSD/Msia Hall project