Sepanjang tiga hari bermula pada hari Sabtu 27hb yang lalu, atok di Kibblestone International Scout Camp, Oulton, Stone... berdekatan dengan Stoke-on-Trent; mengelolakan Perhimpunan Keluarga 2006 Persatuan Masyarakat Melayu UK.
Perhimpunan tahunan kali ke-4 ini telah disertai oleh kira-kira 90 orang dari berbagai bangsa, umur dan lokaliti; Malays, English, Irish, Welsh, Arabs, Algerians, Swedish, Sri Lankans, etc yang datang dari Portsmouth hinggalah ke Liverpool. Walaupun persatuan ini dinamakan dengan nama 'Melayu' namun ahli dan peserta program-programnya tidaklah terhad kepada kaum Melayu sahaja, malah sesiapa sahaja yang mempunyai interest berkenaan dengan subjek 'Melayu'. Pada kali ini, Encik Zainal, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah merasmikan perhimpunan dan juga mengambil bahagian sebagai salah seorang ahli panel di dalam forum 'Overseas Malays: Insignifant or Opportunity?'.
Tiga orang representatives dari Islamic Bank of Britain, satu-satunya bank Islam di Britain yang ditubuhkan pada tahun 2004, juga telah hadir memperkenalkan khidmat mereka.
Yang paling enjoy sekali di perhimpunan keluarga ini adalah anak-anak. Aktiviti yang disediakan antara lain ialah orientaring, abseiling, pioneering, archery, obstacle course, treasure hunt. Namun, yang terpenting dan paling bermenafaat sekali ialah melalui perhimpunan ini, peserta dapat kenal-mengenali antara satu sama lain.
Seperti di perhimpunan yang lalu, atok ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi. Di pagi Ahad, atok sediakan scrambled eggs + baked beans [disamping cereals, jam, spread], dan di pagi Isnin pula kena kacau mee hoon goreng. Gembira atok bila seorang ibu datang mengucapkan terima kasih kerana anak perempuan kecilnya tak pernah sebelum ni nak makan mee hoon, tetiba pagi tu.. nak pula dia. :))
Hingga bertemu lagi di tahun hadapan, semoga aman sejahtera....
Selesai satu program, committee akan fokus on the next one pulak: Progam Pertukaran Belia. Melayu UK + Grup Pengkaji Tamadun Dunia telah bergabung tenaga melancarkan program pertukaran belia. Memulakan program ini, Melayu UK membuka tempat kepada 30 orang remaja dari UK untuk mengecapi kehidupan kampung di Negeri Sembilan; tinggal bersama keluarga angkat selama antara 7-10 hari di penghujung tahun ini (semasa cuti Krismas). Details akan diwartakan dalam sedikit masa lagi, InsyaAllah.
nota kaki: + perhimpunan ini juga telah diwartakan di dalam Berita Minggu 28/05/06 di sekmen 'Dimensi'. Terima kasih daun keladi Kak Teh.
Semalam berakhirlah Malaysia Week 2006 di Covent Garden yang dirasmikan pembukaannya oleh Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim pada hari Rabu 17hb lalu. Disamping gerai-gerai promosi yang biasa, temasya sulung Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di Kota London ini paling meriah dengan persembahan budaya. Dan yang paling mendapat sambutan sekali ialah persembahan adik-adik dari kumpulan Tunas Budaya yang sungguh professional sekali tanpa lekang senyuman manis walau sesaat.
Namun, agak sedikit malang kerana semenjak dipermulaan minggu lepas lagi, cuaca di sini kurang memihak kepada acara-acara outdoor seperti ini. Hujan melanda sepanjang hari setiap hari.... dan kekadang agak lebat.
Walaubagaimanapun, tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya para penari yang bertungkus lumus membuat persembahan berkali-kali setiap hari. Saudara Mahathir Lokman yang menjadi juruacara pun tidak berhenti bersuara dari pagi hingga ke malam sepanjang lima hari temasya.
Seperti biasa, semasa finale, acara joget lambak di pentas mengamatkan Covent Garden. Dan Kakak lah yang mula-mula naik pentas, macam biasa. Semua orang enjoyed and joined in the chorus "Oh oh oh Malaysia... oh oh oh Malaysia"... diikuti dengan 3 teriakan "Malaysia Boleh!".
Syabas dan jumpa lagi di tahun hadapan!
* foto kredit: hazmanhilmi
ps: masih belum berganti digital camera yang hilang. ada ambil video guna mobile, on the ronggeng finale, ntah... bila check tengok, tak masyukkk la pulak, bengang tul !
As usual, it was a havoc morning trying to get these two girls up and ready.We had to hit the road as early as 7:45am to be at the location in a little village in Hampshire, about an hour drive from home.The scenic route was rather nice if there were no traffic hogging trucks, lorries etc … arghhhh.It was a one whole day session that started at 9:00 am.
Anyway, the place where the photo shoot took place was absolutely wonderful; it was the house of the media company’s boss that organised the session itself…. off a little single lane residential road in a little village, among the woods.With Aston Martin, Z4 Roadster and a black Cayenne S on the driveway, it just tells a lot about the place at the very first instance.Indeed it was…. the house sits on a 10 acre land !
The back garden that we saw was just 1/5 of the land; with a lake at the bottom of it… the rest was just woodland.The owner told me, it took 6 hours to mow the grass (obviously he didn’t do it himself).
Anyway, the assignment was for a pharmaceutical product’s pamphlets, brochure, GP guide, etc.They had 4 models: 2 adults, 1 teenager and a kid (Kakak).Soon after they started, the blue morning sky turned grey and poured its content, just drizzly at most.
It was a very long day… mainly waiting.We finished at 5:00 pm and my legs are absolutely killing me even now.
Nevertheless, Kakak did well and was praised by everybody, well done! Even Adik was great and enjoyed the day...
Sementara kemelut 'ghertok glelok' masih belum reda di tanahair, hari ni atok buat pertama kalinya dapat melibatkan diri di dalam projek litar lumba F1. Sepertimana dinyatakan sebelumnya, firma atok bekerja banyak terlibat di dalam projek-projek motosports termasuklah F1. Yang paling banyak kami terlibat ialah pembinaan wind tunnel untuk pasukan-pasukan F1. Hingga setakat ini, sudah 6 buah wind tunnel yang kami bina. Tahun lalu kami siapkan satu untuk pasukan Red Bull, sementara sekarang ini di tapak bina ialah kepunyaan Honda BAR. Katanya, kalau pasal wind tunnel ni, kami lah jaguh di taraf antarabangsa. (Boss memang mamat racing yang jarang ada kat ofis; jet setting all over the world).
Oleh kerana atok baru sahaja berkhidmat di firma ini kira-kira setahun setengah yang lalu, maka atok tidaklah sangat terlibat dalam projek2 ini, oleh kerana sudah ada rakan sekerja yang telah sekian lama dan sudah mahir dalam projek2 sebegini.
Namun petang tadi, dapatlah atok pelajari sedikit sebanyak bila diminta untuk menyiapkan satu feasibility drawing bagi satu litar lumba antarangbangsa (F1 standard) di sebuah negara di Asia (maaf tak boleh bagitahu). Boss atok yang sebenarnya design. Rupanya, dia guna tali je untuk dapatkan lakaran dan rupabentuk litar...laaa. Gini, tali/benang ni dah scaled to the required length (ada standarnya berapa jauh F1 track ni). Jadi, dia bengkung2kan, main2 jelah dengan form dan lenggang lengguk litar tu; dia ni memang kaki racing, so dah tahu la apa nak buat. Punyalah low-tech... :)
Walaupun ini hanyalah feasibility drawing sahaja, yang agak sketchy, tapi dapatlah atok belajar sedikit sebanyak apa yang diperlukan dalam sesuatu litar F1. Rakan disebelah atok pula tengah sibuk buat presentation drawing untuk litar lumba dan stadium Drag Racing di USA.
Di penghujung tahun lepas, parlimen Israel telah meluluskan 'Sports Drivers Bill' yang membolehkan perkembangan motorsports di Israel (sebelum ini, Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan pelumbaan). Atok ingat lagi, sudah ada cakap-cakap tentang prospective kami melibatkan diri di sana; baik dalam pembinaan litar mahupun wind tunnel. Pasal apa.... atok dengar, our rival dalam bab-bab ni is a German company. :)
Kakak's 2009 Diary:
>The King & I @ Royal Albert Hall
>The King & I Presscall
>The King & I recall audition II
>BBC Bo The Spirit World audition II
>The King & I recall audition I
>BBC Bo The Spirit World audition
>The King & I audition
>LCB Masterclass Kakak's 2008 Diary:
>LCB Final Audition
>LCB audition
>Lion King Cub School audition
>Scientific Toys photoshoot
>Bicester Village advert casting
>BBC All About Animals photoshoot
>Stagecoach end-of-term show
>Ballet Medal Test '08
>BBC All About Animals casting
>Knorr advert casting
>Zoey 101 magazine photoshoot
>IKEA Commercial casting
>Key Stage 2 SAT Exam
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 4 Exam
>Street Dancing 2008
>Nintendo DS casting
>Clarks International photoshoot Kakak's 2007 Diary:
>BBC Girl Talk photoshoots
>Mawi's London Debut
>Hippie-hippie Shake filming
>OMEC Merdeka Ball
>Merdeka Carnival
>LAMDA Exam
>High School Musical Summer Workshop
>'Walking Bus' Campaign photoshoot
>The Golden Compass re-shoot
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 3 Exam
>BBC's Girls Talk audition
>Honda F1 car launching
>Northern Lights/Golden Compass filming Kakak's 2006 Diary:
>Northern Lights/Golden Compass filming
>Run, Fat Boy, Run filming
>Young Performers 2006
>Philips: The Simplicity Event 2006
>British Airways advert casting
>Ballet Medal Test/Award 2006
>Aladdin pantomine audition
>Zena Holloway underwater photo shoot
>Royal Ballet audition
>CFC-free inhaler promo photo shoot
>Clarks Shoes International photo shoot
>David Beckham Football Academy casting
>Royal Academy of Dance Ballet Exam Kakak's 2005 Diary:
>The King & I UK Tour
>Fashion Photo Shoot - Covent Garden
>Ballet Medal Test/Award 2005
>Cinderella audition
>GMTV recordings
>Nutcracker 2005
>Cinderalla 2005
Previously employed by
Ridge & Partners LLP, Oxfordshire
Syarikat Pembinaan Anggerik, London site office [contract] for the New MSD/Msia Hall project