My own 'glelok' way
Sementara kemelut 'ghertok glelok' masih belum reda di tanahair, hari ni atok buat pertama kalinya dapat melibatkan diri di dalam projek litar lumba F1. Sepertimana dinyatakan sebelumnya, firma atok bekerja banyak terlibat di dalam projek-projek motosports termasuklah F1. Yang paling banyak kami terlibat ialah pembinaan wind tunnel untuk pasukan-pasukan F1. Hingga setakat ini, sudah 6 buah wind tunnel yang kami bina. Tahun lalu kami siapkan satu untuk pasukan Red Bull, sementara sekarang ini di tapak bina ialah kepunyaan Honda BAR. Katanya, kalau pasal wind tunnel ni, kami lah jaguh di taraf antarabangsa. (Boss memang mamat racing yang jarang ada kat ofis; jet setting all over the world).Oleh kerana atok baru sahaja berkhidmat di firma ini kira-kira setahun setengah yang lalu, maka atok tidaklah sangat terlibat dalam projek2 ini, oleh kerana sudah ada rakan sekerja yang telah sekian lama dan sudah mahir dalam projek2 sebegini.
Namun petang tadi, dapatlah atok pelajari sedikit sebanyak bila diminta untuk menyiapkan satu feasibility drawing bagi satu litar lumba antarangbangsa (F1 standard) di sebuah negara di Asia (maaf tak boleh bagitahu). Boss atok yang sebenarnya design. Rupanya, dia guna tali je untuk dapatkan lakaran dan rupabentuk litar...laaa. Gini, tali/benang ni dah scaled to the required length (ada standarnya berapa jauh F1 track ni). Jadi, dia bengkung2kan, main2 jelah dengan form dan lenggang lengguk litar tu; dia ni memang kaki racing, so dah tahu la apa nak buat. Punyalah low-tech... :)
Walaupun ini hanyalah feasibility drawing sahaja, yang agak sketchy, tapi dapatlah atok belajar sedikit sebanyak apa yang diperlukan dalam sesuatu litar F1. Rakan disebelah atok pula tengah sibuk buat presentation drawing untuk litar lumba dan stadium Drag Racing di USA.
Di penghujung tahun lepas, parlimen Israel telah meluluskan 'Sports Drivers Bill' yang membolehkan perkembangan motorsports di Israel (sebelum ini, Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan pelumbaan). Atok ingat lagi, sudah ada cakap-cakap tentang prospective kami melibatkan diri di sana; baik dalam pembinaan litar mahupun wind tunnel. Pasal apa.... atok dengar, our rival dalam bab-bab ni is a German company. :)
-------------------------------------------------
Tanah Serendah Sekebun Bunga Dictionary
ghertok = jambatan / bridge
glelok = bengkang-bengkuk / winding / curvy