semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, May 22, 2006

Malaysia Week dicubit British Weather

Semalam berakhirlah Malaysia Week 2006 di Covent Garden yang dirasmikan pembukaannya oleh Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim pada hari Rabu 17hb lalu. Disamping gerai-gerai promosi yang biasa, temasya sulung Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di Kota London ini paling meriah dengan persembahan budaya. Dan yang paling mendapat sambutan sekali ialah persembahan adik-adik dari kumpulan Tunas Budaya yang sungguh professional sekali tanpa lekang senyuman manis walau sesaat.

Namun, agak sedikit malang kerana semenjak dipermulaan minggu lepas lagi, cuaca di sini kurang memihak kepada acara-acara outdoor seperti ini. Hujan melanda sepanjang hari setiap hari.... dan kekadang agak lebat.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada semua yang terlibat, terutamanya para penari yang bertungkus lumus membuat persembahan berkali-kali setiap hari. Saudara Mahathir Lokman yang menjadi juruacara pun tidak berhenti bersuara dari pagi hingga ke malam sepanjang lima hari temasya.

Seperti biasa, semasa finale, acara joget lambak di pentas mengamatkan Covent Garden. Dan Kakak lah yang mula-mula naik pentas, macam biasa. Semua orang enjoyed and joined in the chorus "Oh oh oh Malaysia... oh oh oh Malaysia"... diikuti dengan 3 teriakan "Malaysia Boleh!".

Syabas dan jumpa lagi di tahun hadapan!

Joget

Joget_02

* foto kredit: hazmanhilmi

ps: masih belum berganti digital camera yang hilang. ada ambil video guna mobile, on the ronggeng finale, ntah... bila check tengok, tak masyukkk la pulak, bengang tul !

Comments: Post a Comment