semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, May 30, 2006

Setahun sekali

Sepanjang tiga hari bermula pada hari Sabtu 27hb yang lalu, atok di Kibblestone International Scout Camp, Oulton, Stone... berdekatan dengan Stoke-on-Trent; mengelolakan Perhimpunan Keluarga 2006 Persatuan Masyarakat Melayu UK.

PK2006

Perhimpunan tahunan kali ke-4 ini telah disertai oleh kira-kira 90 orang dari berbagai bangsa, umur dan lokaliti; Malays, English, Irish, Welsh, Arabs, Algerians, Swedish, Sri Lankans, etc yang datang dari Portsmouth hinggalah ke Liverpool. Walaupun persatuan ini dinamakan dengan nama 'Melayu' namun ahli dan peserta program-programnya tidaklah terhad kepada kaum Melayu sahaja, malah sesiapa sahaja yang mempunyai interest berkenaan dengan subjek 'Melayu'. Pada kali ini, Encik Zainal, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah merasmikan perhimpunan dan juga mengambil bahagian sebagai salah seorang ahli panel di dalam forum 'Overseas Malays: Insignifant or Opportunity?'.

Tiga orang representatives dari Islamic Bank of Britain, satu-satunya bank Islam di Britain yang ditubuhkan pada tahun 2004, juga telah hadir memperkenalkan khidmat mereka.

Yang paling enjoy sekali di perhimpunan keluarga ini adalah anak-anak. Aktiviti yang disediakan antara lain ialah orientaring, abseiling, pioneering, archery, obstacle course, treasure hunt. Namun, yang terpenting dan paling bermenafaat sekali ialah melalui perhimpunan ini, peserta dapat kenal-mengenali antara satu sama lain.

PK2006poster

Seperti di perhimpunan yang lalu, atok ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi. Di pagi Ahad, atok sediakan scrambled eggs + baked beans [disamping cereals, jam, spread], dan di pagi Isnin pula kena kacau mee hoon goreng. Gembira atok bila seorang ibu datang mengucapkan terima kasih kerana anak perempuan kecilnya tak pernah sebelum ni nak makan mee hoon, tetiba pagi tu.. nak pula dia. :))

Hingga bertemu lagi di tahun hadapan, semoga aman sejahtera....

Selesai satu program, committee akan fokus on the next one pulak:
Progam Pertukaran Belia
.
Melayu UK + Grup Pengkaji Tamadun Dunia telah bergabung tenaga melancarkan program pertukaran belia. Memulakan program ini, Melayu UK membuka tempat kepada 30 orang remaja dari UK untuk mengecapi kehidupan kampung di Negeri Sembilan; tinggal bersama keluarga angkat selama antara 7-10 hari di penghujung tahun ini (semasa cuti Krismas). Details akan diwartakan dalam sedikit masa lagi, InsyaAllah.


nota kaki:
+ perhimpunan ini juga telah diwartakan di dalam Berita Minggu 28/05/06 di sekmen 'Dimensi'. Terima kasih daun keladi Kak Teh.

Comments: Post a Comment