semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, August 21, 2008

Dibaham lanun siber

pestaPesta rock tahunan yang dinobatkan sebagai pesta rock tertua di dunia yang masih berjalan lancar (tahun ke-20), Reading Festival bermula hari ini.... di tapak biasa yang hanyalah sepelaung dari pondok atok.

Dari semalam sudah berduyun-duyun mat dan minah rock seantaro pulau mula tiba dengan berbagai ragam, pakaian dan segalanya, untuk berhemah di tepi Sungai Thames ini.

Tahun lepas seramai 80,000 orang telah melanda kawasan ini dalam masa tiga hari ianya berlangsung.

Dan seperti di tahun2 yang sebelumnya, masalah tiket pasaran gelap dan penipuan masih berlaku. Namun kali ini hal penipuan sebegini telah menjadi semakin serius bila ramai sekali yang telah terpedaya dengan lanun siber yang berjaya menyamun mereka melalui tapak web palsu.

Dengan menggunakan tapak web www.readingfestivaltickets.co.uk, lanun ini telah menjadi kaya raya menipu mat & minah rock yang sepatutnya ke tapak rasmi www.readingfestivaltickets.com

Maka ramailah yang datang tetapi hanyalah dapat duduk di tepi jalan menagih simpati... kesedihan, marah, bengang etc etc.

Photobucket

Labels:

Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link