semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, July 11, 2008

Satu era berlalu

Tepat jam 12 tengahari Rabu kelmarin tamatlah era Junior School dan bermula lah Summer Holiday bagi Kakak dan rakan-rakan. September nanti, Kakak akan ke Senior School di seberang jalan sementara Adik pula akan memulakan alam persekolahannya di Junior School.

Turut sama mengucapkan selamat tinggal kepada Junior School ialah Headmistress nya yang bersara dengan tamatnya tahun akademik 2007/08 ini.

Penggantinya sudah pun dipilih di penggal yang lalu setelah ketiga-tiga calon ditemuduga dan dinilai oleh gavernor sekolah. Kakak yang menduduki kerusi di dalam School Council juga telah diberi peluang untuk menemuduga semua calon Headmistress dan seterusnya menyatakan pilihan mereka, dan gembira bilamana pihak sekolah juga memilih calon yang sama.

Di tahun akhir Junior School, Kakak juga memegang jawatan Prefect dan House Captain.

Idaman Kakak untuk menghabiskan cuti dua bulan ini di M'sia malangnya tidak dapat ditunaikan dengan kenaikan harga tiket penerbangan yang sungguh dahsyat
sekali sejak akhir-akhir ini. Nampaknya gi yang dekat-dekat je lah :(

Comments:
How time flies..Arissa, Sofea..both will be in school. Umar too! Ticket mahal? Kami pun tak beli ticket lagi nih...esp for balik beraya di Kampung from KL tuh..mintak2 pd Tuhan ada lagi ticket. kena booking asap nih.. Happy Summer Holiday Kakak&Adik! :-)
 
Bila merujuk kepada pantasnya masa berlalu, Jepun selalu kata, " Kouin ya no gotoshi " atau bagai melepaskan panah cahaya.

Oh yer, btw, kalu kelik Msia tu, jangae lupo ghoyak awal2 deh !

Nyaris terlupa pasal " buku itu " ! Hehe
 
Post a Comment


Links to this post:

Create a Link