Kurutta Dezaina II
Februari lalu dalam musim gegak gempita PRU12 di tanah bonda, penolong kanan sekolah tadika angguk-angguk ada berkata bahawa dia terkejut bila mengetahui bahawa Stadium Sultan Mohd IV Kota Bharu tiada scoreboard elektronik, tapi masih menggunakan tenaga empat kerat untuk menukar abjad dan nombor.Papantanda itu sebenarnya banyak memberi kenangan pada atok. sejak kecil tak pernah miss kalau ada game di stadium; hujan ke ribut ke tetap pergi. in the 70's dulu, games sebelah petang pasal masa tu belum ada floodlights. late 70's rasanya baru ada floodlights. in fact masa tu, grandstand pun belum buat lagi (takdok pitih bkali), yang ada hanyalah gap antara terraces yang ditutup dengan pagar kayu yang agak tinggi. this was zaman bintang2 bolasepak seperti nik leh senggeng, alimin, mahadi, dan kemudiannya nik fauzi, hamid ramli, dalini, yassin etc. zaman stadium sultan mohd iv yg ditakuti oleh pasukan lawan dan pengadil... kerana kerenah penyokong (dan juga pemain).
Selalunya stadium padat bila games dengan Selangor dan Singapura, sampai penuh berdiri di sana sini. Nak masuk pun susah, berebut-rebut bertolak-tolak (takde perkataan 'queue' di kelantan masa tu, main rempuh je). Habis games, nak keluar pun macam tu jugak.
Oh ya, papantanda, .. balik ke cerita asal. dari mula lagi, atok terpesona dengan contruction-nya, terutama dengan cara penyusunan baris-baris abjad dan nombor yang dilakukan melalui pembukaan 'tingkap' oleh petugas yang berdiri di gantry di belakangnya. selalunya, bila gi tengok bola, kami aimed nak duduk dekat scoreboard, untuk dapat central view. setelah beberapa kali dok peghati, atok pun constructed satu kat rumah, saiz nya lebih kurang A5 gitu, dengan manila card. ni untuk main bola kertas di bawah porch kat rumah. memang atok suka buat benda-benda kerastangan ni.
Bila komen pasal papantanda antik ni keluar kat suratkhabar, atok pun tanya imam google yang berilmu segala itu. dia pun keluarkanlah foto-foto terkini dari kitab agongnya. atok dok tengok, aikk... dah lain la. dulu, kalernya hitam, dengan tulisan putih. tapi sekarang ni dah terbalik; backgroundnya putih dan tulisannya hitam.mmm.. i like the old one (mungkin atok bernostalgik di sini).
Apa-apa pun, atok pasti suatu hari... papantanda elektronik terkini akan menggantikannya, suatu evolusi yang tidak dapat dikekang. mungkin suatu hari, sebuah stadium baru serba canggih akan menggantikan segalanya.....
Majulah Sukan Untuk Negara
Labels: kogha2