Gawat Mengundang Ghairah
(Kurutta Dezaina III)
Tiga hari lepas, boss-segala-boss ofis Atok telah mengutuskan warkah syahdu kepada sekelian machai, memaklumkan berita yang sudah sedia maklum, berkenaan dengan kesihatan ekonomi negara yang tidak sihat ini. Bagi ofis yang sebahagian besar aktivitinya berperihal bab perumahan, kesakitan ekonomi masakini telah banyak memberi kesan kepada poket-poket tuan boss sekelian. Maka telah diingatkan kepada sekelian machai akan perlunya dikorek duit disetiap kemungkinan yang ada, antaranya:-
Sementara itu, dikalangan rakan taulan di pasukan Atok, kesakitan semasa ini sebenarnya telah membawa sedikit kenikmatan yang sudah lama diidamkan... yang sebelum ini tidak upaya dikecapi lantaran kepentingan untuk memenuhi poket tuan-tuan boss dengan kerja-kerja yang agak hambar (tapi dengan pulangan yang lumayan) adalah matlamat yang teragong.
Oleh kerana pakcik-pakcik gemuk pemaju perumahan yang kami menagih rezeki sudah kurang upaya untuk melahap duit dari rakyat jelata, maka terpaksalah kami menoleh kearah lain untuk sesuap nasi. Salah satu tolehannya ialah kepada rumah persendirian, suatu yang sebelum ini sering disisihkan. Kini telah ada dua tiga mahligai yang sedang sibuk direkacipta. Suasana 'sepi' ini juga telah memberi ruang kepada kami untuk membuat sedikit R&D terutamanya di dalam perihal 'ecohomes' yang akhir-akhir ini telah dijadikan mantra agong kerajaan.
Di saat yang sama, dua rakan sekerja dan Atok sedang merancang untuk membina satu studio di belakang rumah salah seorang dari kami. Ruang ini adalah untuk kegunaan gerakerja kreatif masing-masing seperti woodworking, painting, sculpture etc. Rancangannya ialah sehari dalam seminggu, mungkin petang Selasa, selepas waktu kerja, kami akan ke situ untuk mengkreatifkan diri, dengan benda2 lain dari apa yang dilakukan di ofis saban hari.

minggu lalu, semua computer telah di-install-kan software yang mewajibkan input nombor projek setiapkali printing dibuat, untuk ditagihkan ongkosnya dari client sekelian;
pengambilan machai baru telah dihentikan; dan
majlis makan malam dan joget lambak tahunan buat tahun ini telah dibatalkan.

Labels: kogha2