semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Saturday, July 26, 2008

Gawat Mengundang Ghairah

(Kurutta Dezaina III)

Tiga hari lepas, boss-segala-boss ofis Atok telah mengutuskan warkah syahdu kepada sekelian machai, memaklumkan berita yang sudah sedia maklum, berkenaan dengan kesihatan ekonomi negara yang tidak sihat ini. Bagi ofis yang sebahagian besar aktivitinya berperihal bab perumahan, kesakitan ekonomi masakini telah banyak memberi kesan kepada poket-poket tuan boss sekelian. Maka telah diingatkan kepada sekelian machai akan perlunya dikorek duit disetiap kemungkinan yang ada, antaranya:-

minggu lalu, semua computer telah di-install-kan software yang mewajibkan input nombor projek setiapkali printing dibuat, untuk ditagihkan ongkosnya dari client sekelian;

pengambilan machai baru telah dihentikan; dan

majlis makan malam dan joget lambak tahunan buat tahun ini telah dibatalkan.

Sementara itu, dikalangan rakan taulan di pasukan Atok, kesakitan semasa ini sebenarnya telah membawa sedikit kenikmatan yang sudah lama diidamkan... yang sebelum ini tidak upaya dikecapi lantaran kepentingan untuk memenuhi poket tuan-tuan boss dengan kerja-kerja yang agak hambar (tapi dengan pulangan yang lumayan) adalah matlamat yang teragong.

eco_sketch_02Oleh kerana pakcik-pakcik gemuk pemaju perumahan yang kami menagih rezeki sudah kurang upaya untuk melahap duit dari rakyat jelata, maka terpaksalah kami menoleh kearah lain untuk sesuap nasi. Salah satu tolehannya ialah kepada rumah persendirian, suatu yang sebelum ini sering disisihkan. Kini telah ada dua tiga mahligai yang sedang sibuk direkacipta. Suasana 'sepi' ini juga telah memberi ruang kepada kami untuk membuat sedikit R&D terutamanya di dalam perihal 'ecohomes' yang akhir-akhir ini telah dijadikan mantra agong kerajaan.

Di saat yang sama, dua rakan sekerja dan Atok sedang merancang untuk membina satu studio di belakang rumah salah seorang dari kami. Ruang ini adalah untuk kegunaan gerakerja kreatif masing-masing seperti woodworking, painting, sculpture etc. Rancangannya ialah sehari dalam seminggu, mungkin petang Selasa, selepas waktu kerja, kami akan ke situ untuk mengkreatifkan diri, dengan benda2 lain dari apa yang dilakukan di ofis saban hari.


eco_sketch_01

Labels:

Friday, July 11, 2008

Satu era berlalu

Tepat jam 12 tengahari Rabu kelmarin tamatlah era Junior School dan bermula lah Summer Holiday bagi Kakak dan rakan-rakan. September nanti, Kakak akan ke Senior School di seberang jalan sementara Adik pula akan memulakan alam persekolahannya di Junior School.

Turut sama mengucapkan selamat tinggal kepada Junior School ialah Headmistress nya yang bersara dengan tamatnya tahun akademik 2007/08 ini.

Penggantinya sudah pun dipilih di penggal yang lalu setelah ketiga-tiga calon ditemuduga dan dinilai oleh gavernor sekolah. Kakak yang menduduki kerusi di dalam School Council juga telah diberi peluang untuk menemuduga semua calon Headmistress dan seterusnya menyatakan pilihan mereka, dan gembira bilamana pihak sekolah juga memilih calon yang sama.

Di tahun akhir Junior School, Kakak juga memegang jawatan Prefect dan House Captain.

Idaman Kakak untuk menghabiskan cuti dua bulan ini di M'sia malangnya tidak dapat ditunaikan dengan kenaikan harga tiket penerbangan yang sungguh dahsyat
sekali sejak akhir-akhir ini. Nampaknya gi yang dekat-dekat je lah :(

Monday, July 07, 2008

Permainan zoom dan macro

... suatu hari minggu di tepi Sungai Thames:

macro alien 01

kalau zoom foto di atas, nampak macam dia marah je kat atok ambik foto dia, sori la...

macro alien 02jangan mareee... bukan nak kacau, nak ambik gambar je.

Tuesday, July 01, 2008

Kurutta Dezaina II

Februari lalu dalam musim gegak gempita PRU12 di tanah bonda, penolong kanan sekolah tadika angguk-angguk ada berkata bahawa dia terkejut bila mengetahui bahawa Stadium Sultan Mohd IV Kota Bharu tiada scoreboard elektronik, tapi masih menggunakan tenaga empat kerat untuk menukar abjad dan nombor.

Papantanda itu sebenarnya banyak memberi kenangan pada atok. sejak kecil tak pernah miss kalau ada game di stadium; hujan ke ribut ke tetap pergi. in the 70's dulu, games sebelah petang pasal masa tu belum ada floodlights. late 70's rasanya baru ada floodlights. in fact masa tu, grandstand pun belum buat lagi (takdok pitih bkali), yang ada hanyalah gap antara terraces yang ditutup dengan pagar kayu yang agak tinggi. this was zaman bintang2 bolasepak seperti nik leh senggeng, alimin, mahadi, dan kemudiannya nik fauzi, hamid ramli, dalini, yassin etc. zaman stadium sultan mohd iv yg ditakuti oleh pasukan lawan dan pengadil... kerana kerenah penyokong (dan juga pemain).

Selalunya stadium padat bila games dengan Selangor dan Singapura, sampai penuh berdiri di sana sini. Nak masuk pun susah, berebut-rebut bertolak-tolak (takde perkataan 'queue' di kelantan masa tu, main rempuh je). Habis games, nak keluar pun macam tu jugak.

Oh ya, papantanda, .. balik ke cerita asal. dari mula lagi, atok terpesona dengan contruction-nya, terutama dengan cara penyusunan baris-baris abjad dan nombor yang dilakukan melalui pembukaan 'tingkap' oleh petugas yang berdiri di gantry di belakangnya. selalunya, bila gi tengok bola, kami aimed nak duduk dekat scoreboard, untuk dapat central view. setelah beberapa kali dok peghati, atok pun constructed satu kat rumah, saiz nya lebih kurang A5 gitu, dengan manila card. ni untuk main bola kertas di bawah porch kat rumah. memang atok suka buat benda-benda kerastangan ni.

Bila komen pasal papantanda antik ni keluar kat suratkhabar, atok pun tanya imam google yang berilmu segala itu. dia pun keluarkanlah foto-foto terkini dari kitab agongnya. atok dok tengok, aikk... dah lain la. dulu, kalernya hitam, dengan tulisan putih. tapi sekarang ni dah terbalik; backgroundnya putih dan tulisannya hitam.mmm.. i like the old one (mungkin atok bernostalgik di sini).

stadia_angan2Apa-apa pun, atok pasti suatu hari... papantanda elektronik terkini akan menggantikannya, suatu evolusi yang tidak dapat dikekang. mungkin suatu hari, sebuah stadium baru serba canggih akan menggantikan segalanya.....

Majulah Sukan Untuk Negara

Labels: