semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, February 29, 2008

TGC_Kakaks_Scenes

Wednesday, February 27, 2008

ikhlas?

Monday, February 25, 2008

Pangkah dengan jelas

Photobucket

8hb Mac semakin hampir, segalanya semakin panas dan berkecamuk terutamanya selepas hari penamaan calun semalam. Masing-masing sibuk memancing undi, dan bagi Tanah Serendah Sekebun Bunga terutamanya... kem BN/Umno terus menerus 'menyerang' tanah tumpah darahku itu dalam usaha agong untuk merampas bumi bertuah itu dari bulan purnama yang sudah sekian lama menapak di situ.

Namun, atok dok tengok (baca la sebenarnya), mereka ini kurang arif lah dengan penilaian dan perang saraf yang dilancarkan. Rata-rata... pak/mak menteri, senator, org2 politik asyik dok gunakan modal lama > pembangunan. Dari dulu hingga sekarang, tak habis-habis dihentamnya tanah Kilat-kilatan dengan modal basi ini. Setiap kali mereka bertutur, itulah perkataan yang disebut, tak ada perkataan lain... sampai naik muak dah dengar.

Tahukan mereka, rakyat Kelantan yang rata-ratanya hidup secara simple, tidaklah 'galok glenya' dengan impian ‘pembangunan’ ini; dah lama dah tak laku bicara pembangunan ni 'nok ghoyak bui weh!'. Atok dok tengok, orang-orang luar lah yang selalunya begitu lantang sangat dok membebel pasal isu pembangunan ni, orang-orang luar yang tak faham akan minda rakyat Kelantan.

Dan yang paling parah sekali, sejak kebelakangan ini, kumpulan mereka yang kurang faham ni asyik dok jaja modal perbandingan antara Kelantan dan Terengganu. Pada atok, oghe Kelate langsung sikit pun tak heran apa jadi kat Tganung. Jadilah Tganung tu sehebat London, New York atau Paris sekali pun..... oghe-oghe Kelate tak heran dan tak langsung akan merasa ketinggalan. Malah, perbandingan seumpama ini adalah amat tidak bijak kerana ianya lebih banyak membawa kemarahan dari rasa 'ketinggalan' (seperti yang diidam-idamkan oleh kumpulan yang kurang faham ini). Bukan sahaja Tganung, tempat-tempat lain pun tak perlu dibandingkan dengan bumi Kijang Emas ... tiada manafaatnya. Rakyat Kelate tidak pernah merasa ketinggalan dalam apa jua aspek sekali pun, malah merasa bangga dengan apa yang ada, dengan keunikan yang dipunyai, dengan anugerah yang diberikanNya.

Bicara-bicara hampas sebegini, pada atok… macam seumpamanya ahli politik England mensyarahkan kepada rakyat Scotland akan betapa ‘ketinggalannya’ mereka berbanding dengan wilayah di selatan sempadan. Rasa atok, jika ini terjadi… malam tu juga jasad William Wallace dan Robert de Bruce akan bangkit menghunus pedang keramat mereka!

Yang juga heran, pada siapa yang hendak difahamkan perihal kononnya 'begitu ketinggalan sekali' bumi Kelantan itu dengan serangan-serangan yang bertubi-tubi di seantaro media massa? Adakah untuk anak-anak Kelantan? Rasa atok, semua anak Kelantan sudah sedia maklum akan apa yang ada dan apa yang tiada di tanah bonda mereka... tak perlu sesiapa pun 'dok bo-bae ghoyak siae-malae'. Jadi untuk siapa? Untuk orang-orang di tempat lain? Tak masuk akal juga, sebab mereka tu semua tidak mengundi di Kelantan. Lalu atok berpendapat, ianya hanyalah untuk 'self satisfaction' semata-mata, tidak lebih dari itu. 'Self satisfaction' dan 'self promotion' yang menggunakan tatabicara 'kami lebih indah dari kamu', jelek!

Lagi satu hal, sekian ramai pak & mak menteri dok asyik ulangbicara betapa ikhlasnya mereka terus memberi bantuan kepada Kelantan walaupun diperintah oleh lawan. Tetapi di dalam nafas yang sama meminta rakyat Kelantan memilih mereka. Aiseyman.... kalau bagi dengan bersyarat ataupun mengharap, bukan lah lagi ikhlas namanya tu. Tak faham atok.... ikhlas tafsiran mana dia orang ni pakaiguna?

Hanya anak-anak bumi Kelantan yang faham dan tahu isi hati serta minda rakyat tanah unik yang dikatakan sebagai 'the cradle of Malay culture' ini; kompleks dan ber-elemen tersendiri. Selamat memilih.



Wednesday, February 20, 2008

wa cakap lu....


"bui pitih, ambik
bui kaeng, paka
bui gulo, kaca
bui undi, pakoh bulae"

Monday, February 18, 2008

ber-taming sari berlagu dendang

Kira-kira setahun lebih yang lalu, atok berkesempatan bertemu dengan jejakan tampan Stephen Rahman-Hughes a.k.a. Hang Tuah, yang secara kebetulan menikmati makan malam di Holiday Villa pada masa yang sama (boleh baca di sini).

Beberapa minggu yang lalu, atok terbaca di dalam akhbar hujung minggu... rupanya dia sekarang ni menganggotai a boy band, Teatro, yang telah mengeluarkan album pertama mereka pada penghujung bulan November yang lalu. Perkataan Itali 'teatro' ini bermakna 'theatre' dalam bahasa omputih; kumpulan ini menyanyikan lagu-lagu theatre dari produksi seperti The Phantom of the Opera, The Wizard of Oz, Les Misérables, Evita dan banyak lagi.

teatroAda juga dikisahkan di dalam rencana itu sedikit tentang perjalanan hidup Stephen: katanya it was tough, bila ibubapanya berpisah semasa beliau masih kecil, dia dan adik beradik terpaksa tinggal bersama bapanya, seorang pegawai tentera, kerana ibunya (yang berasal dari Johor) tidak empunya apa-apa.

Seterusnya, beliau menceritakan bagaimana melihat kecekalan ibunya yang bekerja keras di burger bar untuk menyara hidup seharian dan mengumpul duit untuk sambung belajar (di dalam bidang persolekan) telah memberinya semangat untuk berjaya dalam hidupnya.

Selamat maju jaya Stephen !
[mungkin boleh bawa Teatro ke malaya, berdondang sayang :) ]

Wednesday, February 13, 2008

Daebek kalu lagu ni gak ...

Hari ni, Imam Besar Hadhari Sheikh Lah telah mengumumkan pembubaran parlimen negara bagi tujuan mengadakan Pilihanraya Umum ke-12.

Yang peliknya, semalam... Imam ini jugalah yang menafikan khabar angin yang teramat kencang tentang tarikh pembubaran yang dikatakan akan berlaku pada hari ini, seperti yang dilapurkan di seantaro media, contohnya dari Utusan Malaysia:



BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Sambil ketawa ketika diajukan soalan sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat mingguan Kabinet akan tetap diadakan seperti biasa hari ini.

"Apa yang menyebabkan anda berfikir mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir? Mesyuarat Kabinet ada lagi... ada lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus universiti itu di sini, semalam.



Mmmm... macamana ni? Mungkin juga Imam tersilap dengar soalan dari wartawan, mungkin dia masih dalam mamai baru terjaga dari tidurnya yang biasa. Atau, mungkin juga semalam tak jadi, hari ni benda tu menjadi jadi ....segalanya mungkin.

Imam jawab, bila ditanya akan hal ini semasa mengumumkan pembubaran Dewan, bahawa dia tidak boleh memberi sebarang bayangan akan tarikh pembubaran. Yelah, tak boleh bagi bayangan bukan bermakna terpaksa 'menipu'... jawablah secara bijaksana sikit, contohnya, boleh kata, "no comment", atau "sidang media hari ini bukan untuk pengishtiharan itu", dan segala macam lagilah, seperti di zaman Tun, macam2 jawapan orang tua tu bagi, ringkas tetapi licik... tanpa penipuan yang jelas.

Apa-apa pun, gendang sudah dipalu, rebab sudah digesek, tirai sudah dibuka... pentas sudah disuluh, siap sedia mengatur langkah bertempur!

(nanti cerita lagi... )

-----------------------------------------------------------------------------
selingan rancangan:
(hok ni kelah, ado stendek.... tidok daebek)


Wednesday, February 06, 2008

CNY


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 4706

Tuesday, February 05, 2008

Agen baru

a_n_j_mgmntSetelah beberapa bulan sejak mula-mula tawaran diterima, akhirnya barulah hari ini kami mengatakan 'ya' kepada A&J Management (yang mempunyai affiliate, Innovative Artists, di LA & NY) untuk menjadi agen terbaru Kakak.

Mereka juga telah memberi tawaran kepada Adik, yang kebetulan ada bersama ketika Kakak di pejabat mereka.

> banyak paperwork kena buat, dan video footage kena 'tangkap'.


arissa at la jolla cove
... suatu hari yang indah di La Jolla Cove, San Diego.

Labels: