ber-taming sari berlagu dendang
Kira-kira setahun lebih yang lalu, atok berkesempatan bertemu dengan jejakan tampan Stephen Rahman-Hughes a.k.a. Hang Tuah, yang secara kebetulan menikmati makan malam di Holiday Villa pada masa yang sama (boleh baca di sini).Beberapa minggu yang lalu, atok terbaca di dalam akhbar hujung minggu... rupanya dia sekarang ni menganggotai a boy band, Teatro, yang telah mengeluarkan album pertama mereka pada penghujung bulan November yang lalu. Perkataan Itali 'teatro' ini bermakna 'theatre' dalam bahasa omputih; kumpulan ini menyanyikan lagu-lagu theatre dari produksi seperti The Phantom of the Opera, The Wizard of Oz, Les Misérables, Evita dan banyak lagi.
Ada juga dikisahkan di dalam rencana itu sedikit tentang perjalanan hidup Stephen: katanya it was tough, bila ibubapanya berpisah semasa beliau masih kecil, dia dan adik beradik terpaksa tinggal bersama bapanya, seorang pegawai tentera, kerana ibunya (yang berasal dari Johor) tidak empunya apa-apa.
Seterusnya, beliau menceritakan bagaimana melihat kecekalan ibunya yang bekerja keras di burger bar untuk menyara hidup seharian dan mengumpul duit untuk sambung belajar (di dalam bidang persolekan) telah memberinya semangat untuk berjaya dalam hidupnya.
Selamat maju jaya Stephen !
[mungkin boleh bawa Teatro ke malaya, berdondang sayang :) ]