semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, December 04, 2007

aku kena...

Hari Jumaat lepas, lebih kurang jam 12:30 tgh gitu, aku dapat phone call dari bank aku. Dia kata nak clarify a few transactions. Aiseyman... ni sure aku dah tersasar dari overdraft limit ni, kataku di hati. Sememangnya pun, aku bercadang nak check dengan bank aku, pasal malam sebelumnya, bila aku nak ambik duit kat atm... tak boleh, katanya aku dah sampai ke tahap maksima pengeluaran duit harian. Mmm... hairan juga aku, mana ada aku ambik duit lagi hari tu. Sah la ni, mesti pasal overdraft la ni, kataku... pasal bill credit card bulan lalu agak tinggi (pasal angkat tiket penerbangan untuk musim cuti yg akan menjelma 2 minggu lagi ni).

Namun, sangkaanku meleset.
Rupanya dah 3 hari akaun aku dok bocor .... di Tirana, Albania! Bank card aku kena cloned !!!! Dah 1,172.72 pounds kena kebas. Cilalak !


Bank kata takpa, nanti dia akan hantar borang untuk aku declare semua transactions yang bukan aku punya, nanti kalau betul apa yang aku sumpahkan itu, kesemua 1,172.72 quid tu akan dibayar balik dalam masa 15 hari kerja. Dan debit card aku akan terus dibatalkan, nanti dorang hantar yang baru.

Mmmm... aku termenung, kat manalah kad aku ni kena clone? Nak kata kat kedai, aku jarang sangat guna debit card, hanya untuk keluarkan duit di atm machine sahaja... kecuali di oriental supermarket di sini (yang hanya terima debit card). Semua bayaran, aku guna credit card.

Aku rasa, most probably kad aku kena skimmed di atm machine. Dah banyak kali di-report-kan di media akan kegiatan haram ni... yang melekatkan kamera kecil dan skimming device di atm. Last sekali aku guna atm: NatWest @ Spring Street, London W2 berdekatan dengan Paddington Station / Nahar Cafe pada Sabtu 24hb November. Mungkin kat situlah aku kena....

Comments:
isk iskk... harap2 bank akan terima sumpahan itu in good faith & get your cash back.

I am from an old school of thought. Sampai sekarang still hesitate betul nak guna online payment. Tapi kalau kena clone kat ATM machine tu... tak leh buat apa laa...
 
assalamualaikum
kesian itu sajalaaa yg dapat cakap... takutlaa jugak... tapi apa kata kita berhibur dulu layan laa my short kasi komen
http://www.nationalgallery.org.uk/collection/transcriptions/film/thefragmented/default.htm docu terbaru mencari melayu (tak melayu hilang di london) tapi jumpanya The Pathfinders preview dia nanti kt blog
 
This comment has been removed by the author.
 
Feel terribly sorry about that Atok.

Luckily, I already have the habit of putting my left hand over the right one whenever I key-in the PIN. Oh yeah, it's 6 digits in Msia, no more 4 digits. Zaman P.Ramlee jer 4 digit.

I don't know about UK.
But here in Malaysia, all cards be it credit or ATM have special microchips embedded, and no more rely solely on the magnetic strip. Again, zaman p.ramlee jer pakai magnetic strip ! Hehehe

Memang ada perubahan besar dari segi keselamatan kad. Skrg hampir tak dengar dah pasal kad kena klon !
 
Post a Comment