aku kena...
Hari Jumaat lepas, lebih kurang jam 12:30 tgh gitu, aku dapat phone call dari bank aku. Dia kata nak clarify a few transactions. Aiseyman... ni sure aku dah tersasar dari overdraft limit ni, kataku di hati. Sememangnya pun, aku bercadang nak check dengan bank aku, pasal malam sebelumnya, bila aku nak ambik duit kat atm... tak boleh, katanya aku dah sampai ke tahap maksima pengeluaran duit harian. Mmm... hairan juga aku, mana ada aku ambik duit lagi hari tu. Sah la ni, mesti pasal overdraft la ni, kataku... pasal bill credit card bulan lalu agak tinggi (pasal angkat tiket penerbangan untuk musim cuti yg akan menjelma 2 minggu lagi ni).Namun, sangkaanku meleset.
Rupanya dah 3 hari akaun aku dok bocor .... di Tirana, Albania! Bank card aku kena cloned !!!! Dah 1,172.72 pounds kena kebas. Cilalak !
Bank kata takpa, nanti dia akan hantar borang untuk aku declare semua transactions yang bukan aku punya, nanti kalau betul apa yang aku sumpahkan itu, kesemua 1,172.72 quid tu akan dibayar balik dalam masa 15 hari kerja. Dan debit card aku akan terus dibatalkan, nanti dorang hantar yang baru.
Mmmm... aku termenung, kat manalah kad aku ni kena clone? Nak kata kat kedai, aku jarang sangat guna debit card, hanya untuk keluarkan duit di atm machine sahaja... kecuali di oriental supermarket di sini (yang hanya terima debit card). Semua bayaran, aku guna credit card.
Aku rasa, most probably kad aku kena skimmed di atm machine. Dah banyak kali di-report-kan di media akan kegiatan haram ni... yang melekatkan kamera kecil dan skimming device di atm. Last sekali aku guna atm: NatWest @ Spring Street, London W2 berdekatan dengan Paddington Station / Nahar Cafe pada Sabtu 24hb November. Mungkin kat situlah aku kena....