Semalam lapuran yang diwartakan oleh Office for National Statistics menjadi berita utama. Di tahun lalu, seramai lebih kurang 385,000 orang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pulau ini dan berhijrah ke negara lain; terutamanya Australia (pilihan utama), New Zealand, Canada dan South Africa. Sementara France dan Spain juga dikatakan menjadi pilihan ramai warga emas yang inginkan kedamaian hidup dibuai bayu laut dan panas mentari.
Sementara itu, jumlah yang masuk ke pulau impirialis ini pula ialah seramai kira-kira 574,000 orang, kebanyakannya dari Eastern Europe terutamanya dari Poland, yang menganggotai EU pada tahun 2004. Setiap hari ribuan rakyat Poland yang tiba ke sini melalui segala jalan: air, darat dan udara. Pergilah ke mana-mana pun terutamanya sejak dua tiga tahun ni, penuh dengan pekerja Polish. Di Reading ni, dah ada banyak kedai runcit mereka, dan akhbar harian tempatan juga telah menerbitkan edisi berbahasa mereka.
Dan, sejak kelmarin lagi.... ratusan ribu anak muda dengan serba ragam dan pakaian tiba di perkarangan atok ni. Pesta muzik rock tahunan, Reading Festival bermula esok. Cuaca pula dijangka amat baik. Pesta ini hampir-hampir dibatalkan kerana bencana banjir yang baru sahaja tamat bulan lalu. Malah tapak pesta ini sebenarnya telah ditenggelami air dan pihak penganjur bersama council dan juga Environmental Agency telah bertungkus lumus sejak beberapa minggu ini untuk 'mengeringkan' kawasan itu. Akhirnya, 90% tapak pesta boleh dan selamat digunakan. Tahun lalu, kira-kira 80,000 orang berkhemah di sini.... macam ni rupanya dari udara:
Kami yang tinggal berdekatan ni terpaksalah sekali setahun menghadapi berbagai masalah: naik keluar-masuk pun amat susah, kedai-kedai semua dipenuhi dengan festival goers dan segala macam lagi.
Yang untungnya ialah kedai-kedai dan peniaga-peniaga, memang setahun sekali boleh buat 'kill' di satu hujung minggu ni sahaja. Malah ada satu dua kedai runcit yang nampak macam hidup segan mati tak mahu, tapi mengaut untung yang lumayan dalam tempoh 3, 4 hari setahun melalui pesta ini. Kebanyakannya menjual alkohol dan makanan.
Apa nak buat weekend ni? Hari Sabtu, ni dia.... jom ramai-ramai.
Atok dalam committee Merdeka Carnival 2007 dan ditugaskan menguruskan benda ni. Bukannya tahu sangat pasal hal nyanyi-nyanyi pun.... ntah kenapa kena in-charge benda ini.
Believe it or not, there are many ancient laws in the UK that have never been scrapped, such as:
1. It is illegal for a cab in the City of London to carry rabid dogs or corpses.
2. It is illegal to die in the Houses of Parliament.
3. It is an act of treason to place a postage stamp bearing the British monarch upside down.
4. Royal Navy ships that enter the Port of London must provide a barrel of rum to the Constable of the Tower of London.
5. In the UK, a pregnant woman can legally relieve herself anywhere she wants – even, if she so requests, in a policeman’s helmet.
6. In Lancashire, no person is permitted after being asked to stop by a constable on the seashore to incite a dog to bark.
7. In England, all men over the age of 14 must carry out two hours of longbow practice a day.
8. In London, Freemen are allowed to take a flock of sheep across London Bridge without being charged a toll; they are also allowed to drive geese down Cheapside.
9. In the UK, a man who feels compelled to urinate in public can do so only if he aims for his rear wheel and keeps his right hand on his vehicle.
10. In Chester, Welshmen are banned from entering the city before sunrise and from staying after sunset.
11. In the city of York, it is legal to murder a Scotsman within the ancient city walls, but only if he is carrying a bow and arrow.
12. In London, it is illegal to flag down a taxi if you have the plague.
13. The head of any dead whale found on the British coast is legally the property of the King; the tail, on the other hand, belongs to the Queen - in case she needs the bones for her corset.
I know, for instance, item no. 8 above was successfully exercised July last year when two world-famous architects, Lord Richard Rogers and Renzo Piano led a flock of sheep crossing Millennium Bridge to mark the start of London Architecture Week.
Now I know... the overwhelming stench which seems to be everywhere in the city centre on Sunday mornings simply come from those exercising their rights (item 9)....
and what about item 5.... probably someone need to make aware of this law to those ladies camping and protesting at Heathrow Airport at the mo.
Dah sebulan lebih tak jenguk HisDarkMaterials dan juga website rasmi filem The Golden Compass, rupanya dah ada banyak new materials yang telah ditambah, termasuklah blog dan juga videos yang baru.
Satu lagi filem yang Kakak involved (hanya satu scene sahaja) ialah Run, Fat Boy Run arahan pertama David Schwimmer.
Hujung minggu hari tu Atok sibuk dengan aktiviti tahunan Persatuan Masyarakat Melayu UK , Perhimpunan Keluarga, satu perhimpunan yang dimulakan sejak tahun 2003. Walaupun pada awalnya kami ingin mengadakan aktiviti yang agak berlainan, setelah empat kali/tahun ... tapi ada beberapa ahli yang meminta untuk sekali lagi diadakan aktiviti format ini.
Seperti di tahun-tahun lalu, pihak persatuan mengadakan aktiviti ini di kem pengakap, kali ini di Youlbury Scout Camp di Oxford. Bersama pada kali ini ialah Exco Majlis Belia Negeri Sembilan. Pada penghujung tahun lalu MBNNS telah mengadakan Program Pertukaran Belia Melayu Sedunia dan Melayu UK telah menghantar dua orang anak muda dari sini untuk mengecapi adat resam budaya bangsa.
Kehadiran Exco MBNNS di program tahun ini dimanafaatkan dengan menandatangani Memorandum Kerjasama antara Melayu UK & MBNNS. Juga di perhimpunan kali ini, bersesuaian dengan tema perhimpunan, 'Empowering Our Youth' persatuan telah melancarkan Sayap Belia sebagai barisan pelapis di masa depan. Pembentukan Melayu UK Youth ini juga adalah bagi memenuhi permintaan generasi ke-2 & ke-3 masyarakat Melayu di UK ini, yang semestinya mempunyai nilai, pandangan dan keperluan yang berlainan dengan generasi pertama.
Seperti di tahun-tahun yang lalu, hanya lebih kurang 50% sahaja yang menghadiri perhimpunan ini mempunyai pertalian dengan faktor 'melayu', samada sememangnya orang melayu, ataupun yang berkahwin dengan orang melayu. Selebihnya, keluarga Arab, Pakistan, Bangla dan lain-lain... yang agak 'terpesona' dengan cara Melayu kita. Malah ada beberapa keluarga 'asing' yang telah setiap tahun menghadiri perhimpunan ini. Fenomena ini sekali lagi menunjukkan sikap accommodative kita yang membolehkan mereka turut serta. Melalui pengalaman peribadi atok, ini tidak berlaku sebaliknya, yakni... agak susah bagi kita untuk menyesuaikan diri / diterima menyertai program-program mereka.
Hanya Atok yang ke sana; Kakak yang ingin sekali turut serta tidak dapat hadir kerana ada photoshoot untuk majalah Girl Talk keluaran BBC Worldwide Ltd, sejak hari Rabu lagi. Kakak and two other girls buat this job sampai Januari tahun depan, selepas melalui 2-stage casting/audition beberapa bulan lepas. First stage tu adalah dalam 20+ org girls, lepas tu untuk final selection tu, hanya 6 orang yang dipanggil... dan akhirnya 3 terpilih untuk segmen 'Photo Story' ini.
Hari Ahad pula, Mummy nye harijadi.... kami minum petang di Island Bar Restaurant, berapa meter sahaja dari rumah, di Pipers Island bersebelahan Caversham Bridge. Hari panas, maka ramailah yang bersantaian, sungguh berlainan sekali dengan suasana seminggu lalu di mana masing-masing di dalam kerisauan dengan air sungai Thames yang semakin meninggi. Alhamdulillah, Reading tidak menerima bencana seperti di tempat-tempat lain.
Kemudian, kami makan malam di Taste of Malaysia Cafe... tempat kami selalu lepak dengan kawan2 serantau, pekena nasi lemak dan teh tarik/ais.
Kakak's 2009 Diary:
>The King & I @ Royal Albert Hall
>The King & I Presscall
>The King & I recall audition II
>BBC Bo The Spirit World audition II
>The King & I recall audition I
>BBC Bo The Spirit World audition
>The King & I audition
>LCB Masterclass Kakak's 2008 Diary:
>LCB Final Audition
>LCB audition
>Lion King Cub School audition
>Scientific Toys photoshoot
>Bicester Village advert casting
>BBC All About Animals photoshoot
>Stagecoach end-of-term show
>Ballet Medal Test '08
>BBC All About Animals casting
>Knorr advert casting
>Zoey 101 magazine photoshoot
>IKEA Commercial casting
>Key Stage 2 SAT Exam
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 4 Exam
>Street Dancing 2008
>Nintendo DS casting
>Clarks International photoshoot Kakak's 2007 Diary:
>BBC Girl Talk photoshoots
>Mawi's London Debut
>Hippie-hippie Shake filming
>OMEC Merdeka Ball
>Merdeka Carnival
>LAMDA Exam
>High School Musical Summer Workshop
>'Walking Bus' Campaign photoshoot
>The Golden Compass re-shoot
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 3 Exam
>BBC's Girls Talk audition
>Honda F1 car launching
>Northern Lights/Golden Compass filming Kakak's 2006 Diary:
>Northern Lights/Golden Compass filming
>Run, Fat Boy, Run filming
>Young Performers 2006
>Philips: The Simplicity Event 2006
>British Airways advert casting
>Ballet Medal Test/Award 2006
>Aladdin pantomine audition
>Zena Holloway underwater photo shoot
>Royal Ballet audition
>CFC-free inhaler promo photo shoot
>Clarks Shoes International photo shoot
>David Beckham Football Academy casting
>Royal Academy of Dance Ballet Exam Kakak's 2005 Diary:
>The King & I UK Tour
>Fashion Photo Shoot - Covent Garden
>Ballet Medal Test/Award 2005
>Cinderella audition
>GMTV recordings
>Nutcracker 2005
>Cinderalla 2005
Previously employed by
Ridge & Partners LLP, Oxfordshire
Syarikat Pembinaan Anggerik, London site office [contract] for the New MSD/Msia Hall project