semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, May 21, 2007

.... hal bocor ...

kisah bumbung parlimen bocor teruk dan cakap-cakap celupar yang berkaitan dengannya adalah antara yang hangat dipertuturkan di tanahair buat masa ini. dalam kenyataan tuan besar semi-value s. vellu, dia kata jkr tidak diperuntukkan sebarang perbelanjaaan untuk menaikkan taraf bumbung bangunan tersebut semasa kerja-kerja mengubahsuai dalaman yang menelan belanja RM90 juta dua tahun lalu.

mmm... macam pernah dengar je kisah seperti ini, dan juga sebab/jawapan yang sepertinya.....

oh ya! bumbung bangunan baru msd/msia hall di bayswater juga bocor teruk setelah selesai kerja-kerja pengubahsuian dalamannya kira-kira tiga tahun lalu. jawapannya juga, tiada peruntukkan dimasukkan dalam bab bumbung. jadi, bila dah bocor... jkr (dgn duit rakyat jelata) terpaksalah mengeluarkan belanja tambahan puluhan ribu pounds (kalau tak silap atok, dalam 40 ribu gitu kot, lupa dah) untuk menaikkan taraf keseluruhan bumbung bangunan itu.

tapi, yang lebih menarik ialah ....... je je jenggggggggggg.............













kontraktor untuk projek pengubahsuaian dalaman parlimen, dan msd/msia hall london adalah syarikat yang sama !

Comments:
They are all experts in science of leakage management - on how to have an excellent leakage - at the right time, at the right moment.

Talk about Malaysia Boleh !

Yay.
 
Salam atok,

membuat kunjungan muhibbah,
tanpa sebarang prejudis... :D

Pilih jawapan yang betul.


i. Keadaan siling bangunan Parlimen telah bocor dengan teruk.


ii.Paip di atas siling Ibu Pejabat Imigresen bocor dan airnya melimpah ke tingkat bawah.


iii.Penyambung T paip di kompleks mahkamah, Jalan Duta telah bocor dan pecah.


iv.Poket kita semakin bocor akibat harga barang semakin meningkat.


Jawapan.


A. Semua betul.
B. Semua terbukti betul.
C. i, ii, iii dan iv betul.
D. Semua tak betul melainkan betul.
 
Post a Comment