semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, April 02, 2007

makan time

Semalam di sini.....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Malam sebelum event ni, N, the organiser, tepon Atok.

N: "Boleh tak I nak mintak you jadi photographer esok?"
Atok: "Mmm... okyalah."
N: "Pakai baju Melayu ek. Thanks."

Jadi, setengah jam sebelum event bermula (12 noon utk lunch), dengan langkap bersongkok dan bersampin songket, Atok pun bergegaslah ke Global Cafe tu, tak jauh, 5 min drive je dari rumah. Dah parked kete kat South Street, Atok pun jalanlah ke Cafe. Ada another kawan Melayu lalu with his MPV, lepas hantar kuih kat Cafe, dia nampak Atok... "Eh! Siap pakai baju Melayu!". Atok senyum and angkat tangan.

Di Cafe agak kecoh, banyak lagi belum siap. Caterer yang sepatutnya bawa food tiba lambat, semua orang kecoh sana sini. Meja pun tak siap lagi, tempat bakar satay belum, charcoal belum, macam-macam... kecoh amat. Crew yang filming untuk RTM dah siap sedia... kamera di tripod. Atok pun sibuklah snap sana sini... behind the scene shots la konon.

Tetiba.... S, main guy behind the event datang to Atok.

S: "Can you do me a favour? Our chef cut his finger, can you bring him to the hospital."
Atok: "Oh no! Okay... let's go."

Maka bergegaslah Atok ke A&E Royal Berkshire Hospital... tak jauh, another 5 min drive. Chef terluka, dalam juga, jari telunjuknya, nak cepat... buka tin cooking oil. Atok drop dia depan entrance dan pusing gi parked kete tepi jalan. Dah tu, masuk je A&E.

Semua orang tengok.... semestinya bertanya: "Apa jenis pakaian mamat ni? Apasal pakai 'skirt'?"... something like that lah kot. Punyalah ramai pulak orang time tu. Rata-rata, 90% sports injuries... main bola, semuanya kaki... chef sorang je cedera jari.

Dipendekkan kisah... nak dekat 3 jam baru selesai, chef kena 3 jahitan. By the time kami balik ke Cafe, dah jam 3 lebih, even pun dah habis. Atok kata: "Hari ni aku dok model baju melayu di hospital je."

Apa-apa pun, the event tu kira berjayalah. TDC officers (sorang datang from KL) pun puashati. Malamnya, untuk dinner buffet... banyak improvements.

Ada 3 Ahad lagi this event: 15th April, 13th & 27 May. Semua dijemput.

Labels:

Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link