semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, October 01, 2006

kerja luar

Separuh hari Atok & Adik dok mundar-mandir di ExCeL hari ni; dari jam 1 tgh hinggalah 5 ptg. Kakak menghadiri rehearsal sessions untuk tugasan terkini... memperagakan/beraksi/bermain produk-produk (gadgets) elektronik teknologi terkini bagi Philips - The Simplicity Event 2006 yang akan bermula esok hinggalah Khamis di ruang expo utara ExCeL London. Salah satu computer games yang Kakak dok main tadi, harganya 30 ribu!. Penginapan disediakan di hotel berdekatan memandangkan acara bermula sejak jam 9 pagi hinggalah 5 ptg.

Sepatutnya Kakak beraksi di ke-empat2 hari, tetapi gurubesar sekolahnya hanya membenarkan Kakak tidak hadir ke sekolah untuk dua hari cuma... memandangkan di penghujung tahun ini Kakak akan ketinggalan banyak hari lagi kerana terlibat di dalam pantomine Aladdin. Namun, kami telah membuat keputusan untuk menarik Kakak keluar dari Aladdin kerana beliau telah mendapat tawaran yang lebih baik di dalam hal yang lain... yang akan bermula di penghujung bulan ini, selama 11 hari. Yang ni belum bagitahu sekolah lagi ni.... kecoh lagi dengan headmistress nya tu nanti, sudah tentu punyalah...

---------------

Di ofis pulak, Atok sekarang ni banyak kena keluar... buat projek Engine & Transmission Test Cell Facility untuk Honda Racing F1 Team; berdepan dengan bangunan Wind Tunnel & Museum yang kami baru siapkan kira-kira 2 bulan yang lalu. Kena selalu gi site... HQ untuk Honda F1 ni di Brackley, Northamptonshire. Yang tak larat tu, meeting start kul 8 pagi.... dahla banyak lopong je during meeting, pasal 99% are very highly technical stuff. Tapi byklah boleh belajar pasal engine test cell ni... macam2 hah.

----------------
UPDATE 06/10/2006

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Comments: Post a Comment