berani kerana benar bola
Atok takde la sangat follow Premiership ni, tengok pun gitu-gitu je... walaupun team Reading berjaya beraksi di liga ini setelah menjuarai Championship di musim lalu. Perlawanan di hari Sabtu yang lalu menentang pasukan ternama Chelsea telah memenuhkan Madejski Stadium di sini. Atok sambil dok tengok berita, sempat sekilas melihat di seminit akhir perlawanan yang nampak agak panas itu. Kalah 0-1 akhirnya...Kemudian, bila tengok berita barulah tahu akan adengan-adengan ganas dan panas yang terjadi. Rupanya kedua-dua penjaga gol Chelsea tak sedarkan diri tercedera akibat berlaga dengan pemain Reading seawal saat ke-20 permainan. Petr Cech yang ditersepak kepalanya dek Stephen Hunt, hari ini dikatakan terpaksa berehat lama, hingga ke tahun depan. Beliau telah menjalani pembedahan neuro di pusat pakar Radcliffe Infirmary di sini atas kecederaannya (depressed fracture on his skull). Kata pakar bedah, mungkin ianya akan mengambil masa selama 6 bulan untuk pulih.
Penjaga gol ke-2 yang masuk menggantikan Petr Cech juga terpaksa dipapah keluar dengan neck brace dan tidak sedarkan diri setelah berlanggar dengan penyerang sasa Reading, Ibrahima Sonko dipenghujung perlawanan.
Justeru itu, maka banyaklah sembang-sembang di media tentang cara penjaga gol memberanikan diri 'mencuri' bola di kaki pemain lawan.. dan macam2 lagi (biasalah, dia org ni, kalau cakap pasal bola... tak habis).
Apa-apa pun, ini membawa kenangan lama Atok... kenangan di tahun-tahun 70'an dan awal 80'an, di teres Stadium Sultan Mohd IV, Tanah Serendah Sekebun Bunga. Hujan, panas, ribut, petir... kami tidak pernah sekali pun miss any home game. Dan penjaga gol pasukan kijang ketika itu ialah Hamid Ramli, yang pernah dinobatkan oleh majalah Dunia Sukan sebagai 'Penjaga Gol Paling Berani di Msia'. Hamid, yang pernah penyarung jersi kebangsaan, memang digeruni atas keberaniannya mara dan mencuri bola di kaki lawan, tak kira siapa. Walaupun badannya tidaklah setegap dan sesasa penjaga2 gol lain, tapi ketangkasannya adalah setanding. Adiknya, Halim, yang mengambil jersi beliau setelah beliau bersara juga idak kurang hebatnya, dengan aksi-aksi akrobatik menyentap bola dari kaki lawan.
Aduh.... lamanya dah Atok tak masuk stadium mana-mana pun. Kalau tak silap, paling akhir masuk stadium tengok bola... mmm, mungkin 15 tahun yang lalu. Namun, tetap di ingatan ialah emosi dan kegamatan di teres Stadium Sultan Mohd IV... kumpulan penyokong ekstrim yang sanggup melakukan apa saja.
"kacae...kacae...kacae!"
"air bungo... air bungo... air bungo!"