semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, September 21, 2006

BARU

old cowyardsMinggu ni kami pindah ke ofis baru di Blenheim Park (World Heritage Site) di mana terletaknya Blenheim Palace, tempat kelahiran Winston Churchill yang merupakan putera kepada Duke of Malborough, empunya kediaman indah yang tersergam ini.

Komplek ini dahulunya adalah kandang lembu yang sudah tidak digunapakai buat sekian lama. Partners telah berjaya berunding dengan Duke untuk renovate kompleks ini kepada ruang pejabat serba moden.

Kerja-kerja binaan telah dimulakan sejak bukan December tahun lalu lagi, dan masih lagi ada beberapa perkara kecil yang belum siap.

Juga kami diberikan kebenaran untuk menggunakan Pleasure Garden/Park beliau dan juga rear private road untuk memudahkan kami keluar ke jalan utama di petang hari semasa pulang.

Alhamdulillah, partners telah menaikkan sedikit gaji semua orang sebagai tambahan kepada kos perjalanan yang bertambah dengan perpindahan ini.

Bandar kecil Woodstock hanyalah kira-kira 10 minit perjalanan kaki dari kompleks ini; ada yang menggunakan jalan utama dan ramai juga yang menikmati udara nyaman dan permandangan indah bersantaian melalui Blenheim Park samada untuk ke Woodstock Village ataupun Cafe di Blenheim Palace.

Masing-masing masih lagi menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan baru.

new cowyards

Comments: Post a Comment