semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, October 24, 2006

first small steps...

Atok took the morning off today to send Kakak to the Pinewood Studios for a 8:55am meet up at the entrance gate with other kids and the agents. It took slightly less than an hour to get there thru the morning rush hour and due to school half-term holiday... traffic was rather smooth(er). We went via Slough, and saw many Muslim men walking toward their local mosques for Aidilfitri prayer (some celebrate Eid today rather than yesterday; Slough has a substantially high number of Muslim population).

We arrived at the gate on time. There were only 10 kids in this 'Core Group' and today they were going to the Shepperton Studios for their costume fittings.

Photobucket - Video and Image HostingKakak plays one of the children who were kidnapped by the Gobblers, headed by Mrs. Coulter (Nicole Kidman), in the Northern Lights / Golden Compass movie now on set at various locations in the country. Kakak's 11-day shooting will commence next Tuesday at the Shepperton Studios. Read the author's latest blog entry on the filming here.



... due to clash of dates between this filming and her involvement in the coming Aladdin production during Christmas-New Year (9th Dec - 7th Jan) at the Hexagon, we had to pull Kakak out from the panto this year.

Monday, October 23, 2006

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

&

HAPPY BIRTHDAY TO ADIK

---------------------------------------------------------

atok beraya di ofis dgn kopi + biskut shj hari ni

Saturday, October 21, 2006

HAPPY DEEPAVALI

... received some maruku and indian sweets from our Msian Indian neighbour.

Monday, October 16, 2006

berani kerana benar bola

Atok takde la sangat follow Premiership ni, tengok pun gitu-gitu je... walaupun team Reading berjaya beraksi di liga ini setelah menjuarai Championship di musim lalu. Perlawanan di hari Sabtu yang lalu menentang pasukan ternama Chelsea telah memenuhkan Madejski Stadium di sini. Atok sambil dok tengok berita, sempat sekilas melihat di seminit akhir perlawanan yang nampak agak panas itu. Kalah 0-1 akhirnya...

Kemudian, bila tengok berita barulah tahu akan adengan-adengan ganas dan panas yang terjadi. Rupanya kedua-dua penjaga gol Chelsea tak sedarkan diri tercedera akibat berlaga dengan pemain Reading seawal saat ke-20 permainan. Petr Cech yang ditersepak kepalanya dek Stephen Hunt, hari ini dikatakan terpaksa berehat lama, hingga ke tahun depan. Beliau telah menjalani pembedahan neuro di pusat pakar Radcliffe Infirmary di sini atas kecederaannya (depressed fracture on his skull). Kata pakar bedah, mungkin ianya akan mengambil masa selama 6 bulan untuk pulih.

Penjaga gol ke-2 yang masuk menggantikan Petr Cech juga terpaksa dipapah keluar dengan neck brace dan tidak sedarkan diri setelah berlanggar dengan penyerang sasa Reading, Ibrahima Sonko dipenghujung perlawanan.

Justeru itu, maka banyaklah sembang-sembang di media tentang cara penjaga gol memberanikan diri 'mencuri' bola di kaki pemain lawan.. dan macam2 lagi (biasalah, dia org ni, kalau cakap pasal bola... tak habis).

Apa-apa pun, ini membawa kenangan lama Atok... kenangan di tahun-tahun 70'an dan awal 80'an, di teres Stadium Sultan Mohd IV, Tanah Serendah Sekebun Bunga. Hujan, panas, ribut, petir... kami tidak pernah sekali pun miss any home game. Dan penjaga gol pasukan kijang ketika itu ialah Hamid Ramli, yang pernah dinobatkan oleh majalah Dunia Sukan sebagai 'Penjaga Gol Paling Berani di Msia'. Hamid, yang pernah penyarung jersi kebangsaan, memang digeruni atas keberaniannya mara dan mencuri bola di kaki lawan, tak kira siapa. Walaupun badannya tidaklah setegap dan sesasa penjaga2 gol lain, tapi ketangkasannya adalah setanding. Adiknya, Halim, yang mengambil jersi beliau setelah beliau bersara juga idak kurang hebatnya, dengan aksi-aksi akrobatik menyentap bola dari kaki lawan.

Aduh.... lamanya dah Atok tak masuk stadium mana-mana pun. Kalau tak silap, paling akhir masuk stadium tengok bola... mmm, mungkin 15 tahun yang lalu. Namun, tetap di ingatan ialah emosi dan kegamatan di teres Stadium Sultan Mohd IV... kumpulan penyokong ekstrim yang sanggup melakukan apa saja.

"kacae...kacae...kacae!"

"air bungo... air bungo... air bungo!"

Sunday, October 01, 2006

kerja luar

Separuh hari Atok & Adik dok mundar-mandir di ExCeL hari ni; dari jam 1 tgh hinggalah 5 ptg. Kakak menghadiri rehearsal sessions untuk tugasan terkini... memperagakan/beraksi/bermain produk-produk (gadgets) elektronik teknologi terkini bagi Philips - The Simplicity Event 2006 yang akan bermula esok hinggalah Khamis di ruang expo utara ExCeL London. Salah satu computer games yang Kakak dok main tadi, harganya 30 ribu!. Penginapan disediakan di hotel berdekatan memandangkan acara bermula sejak jam 9 pagi hinggalah 5 ptg.

Sepatutnya Kakak beraksi di ke-empat2 hari, tetapi gurubesar sekolahnya hanya membenarkan Kakak tidak hadir ke sekolah untuk dua hari cuma... memandangkan di penghujung tahun ini Kakak akan ketinggalan banyak hari lagi kerana terlibat di dalam pantomine Aladdin. Namun, kami telah membuat keputusan untuk menarik Kakak keluar dari Aladdin kerana beliau telah mendapat tawaran yang lebih baik di dalam hal yang lain... yang akan bermula di penghujung bulan ini, selama 11 hari. Yang ni belum bagitahu sekolah lagi ni.... kecoh lagi dengan headmistress nya tu nanti, sudah tentu punyalah...

---------------

Di ofis pulak, Atok sekarang ni banyak kena keluar... buat projek Engine & Transmission Test Cell Facility untuk Honda Racing F1 Team; berdepan dengan bangunan Wind Tunnel & Museum yang kami baru siapkan kira-kira 2 bulan yang lalu. Kena selalu gi site... HQ untuk Honda F1 ni di Brackley, Northamptonshire. Yang tak larat tu, meeting start kul 8 pagi.... dahla banyak lopong je during meeting, pasal 99% are very highly technical stuff. Tapi byklah boleh belajar pasal engine test cell ni... macam2 hah.

----------------
UPDATE 06/10/2006

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting