Andai hidup tak punya cinta Pada bangsa maupun wanita Hidup tak punya ertinya Kenikmatan tidak dirasa Cinta bangsa rasa mulia Cinta wanita rasa bahagia Menjadi kita penuh daya Mencipta hidup sempurna ( korus ) Andai kita lalai sertalah lupa Masa akan lari sia-sia Jiwa kosong tak berharga Dunia bukan syurga Oleh itu mari kawanku Berpimpin tangan berganding bahu Segera capai cita yang satu Di alam Malaysia baru
Hari Jumaat tu, awal-awal lagi atok diberitahu oleh Abe Dib bahawa akan ada demonstrasi selepas solat Jumaat; protes berkenaan dengan isu Israel-Hizbollah. Di sebelah hotel atok tu kan KL Convention Centre, tempat bersidangnya menteri2 Asean, yang sedang dilawati Nasi Condi; singgah pekena teh tarik dalam perjalanannya ke tanah berdarah.
Tengahari tu ada jumpa kawan di Aseana Cafe (tempat biasa jumpa2; ntah berapa kali kat situ.. senang, turun hotel je terus situ). Bila dah around kul 1:20 tgh gitu, atok pun mula bergerak di Masjid KLCC tu. Ini adalah pertama kali bagi atok guna masjid tu. Masa constructionnya dulu, the project architect tu kawan atok juga.. with KLCC Architects.
Orang punyalah ramai, kat merata ceruk, mana boleh letak sejadah... jadi; bawah pokok, tepi parit, around tempat wuduk.. segala celah. Kumpulan2 Pemuda (& a few Puteri) UMNO dan lain2 dah penuh kat belakang tu, dengan sepanduk, poster dan segala macamnya.. siap sedia. Atok pun dah siap sedia dengan camera...
Lepas solat tu (atok last minute dapat squeezed masuk saf di tempat wuduk) maka siap sedialah semuanya. Ramai jugak dari press yang dok ready dengan camera/video canggih masing2. Oh... padanlah, si Khairy ada... patutlah pun dapat coverage camtu. Khairy ni... errr, tak yah citer lah, cerita2 lama zaman student sewaktu dengannya di City of Dreaming Spires dulu2, zaman muda.
Anyway, to cut the story (and rhetoric) short, time dia org tiba ke KL Convention Centre tu, tak beberapa minit je... hujan dengan lebatnya. Maka bertebaranah lari sekelian 'penunjuk perasaan' yang tadinya hebat sungguh dok berlaung-laung. Tapi atok tengok, dalam ramai-ramai tu, hanya segelintir sahaja yang nampak betul2, yang lain tu macam dok suka2 je... dapat makan, transport, duit kopi, kira jadik saja...
----------------
Petang tu, atok jumpa AbeDib di Aseana (lagi). Abe Dib dengan bersusah payah meredah hujan datang nak jumpa atok; much appreciated. Boleh baca kisah AbeDib's longest journey nak gi jumpa atok on that Friday kat sini. Joined sama minum kopi hari tu was my childhood friend, TMF.
Million thanks to Abe Dib & TMF for spending your precious time with us, hingga bertemu lagi di lain masa jika ada rezeki dariNya.
Tiba di Mandarin Oriental, Mummy dok sibuk mengemas, nak pindah ke apartment 2 bilik.
Oleh kerana Mummy kena kerja semasa minggu pertama, maka kami ambik City Apartment 3 bilik pasal Mama, Mak dan Cik Su datang tengok-tengokkan budak-budak masa Mummy kerja.
Jadi, bila Daddy tiba, dan Mummy pun dah tamat tugasan, maka 'para pembantu' pun baliklah... jadi kita pindah ke City Apartment 2 bilik di bawah; tingkat 4. Hari tu, masa Christmas /New Year, Mummy & Adik dah balik seminggu; stayed at Club Suite di tingkat 24.
Mandarin Oriental tu penuh, 100% occupancy masa tu; tapi yang ramai were Arabs la... gi memana dia orang je. Siap di reception counter tu, ada sepiring kurma. Mmm... takkan datang jauh-jauh masih nak berkurma, makan benda lain la pulak; rambutan ke, jambu ke... durian :)
Kali ni balik, betul-betul tourist lah... ke mana-mana dengan camera, cap, t-shirt dan khaki shorts. Hari-hari dok pusing Suria KLCC tu je lah. Jumpa kawan-kawan pun kat situ, senang. Makan minum pun situ. Tengok wayang pun situ.
Adik dan adik ipar atok, dua-dua offered bagi pinjam kereta... tapi tak nak lah.. tengok jalan simpang siur tak tahu gi mana, pening hah. Nak keluar hotel pun tak tahu macamana. Dulu-dulu mana ada camni. Roadsigns pun, aiseyman, masih macam tu jugak, tak de improvement. Lagi serabut adalah. Tak payah...
Balik Msia baru ni, atok ke Heathrow pakai smart-smart, ada tujuannya. Tiket MAS kelas ekonomi ditangan berkod YY, yakni bayaran penuh... ada peluang nak minta upgrade. Seminggu sebelum tu, Mummy, Kakak dan Adik walaubagaimanapun gagal untuk ke business class dengan tiket YY mereka kerana flight penuh. Lagipun, kalau ada budak2 ni, susah la sikit dia org nak bagi.
Masa check-in tu atok pun tanyalah... mamat cina msia di kaunter tu tak kasi lah pulak. Satu soalan dia tanya yang atok tak faham was "what is your history?". Atok bagitahu dia, "I'm an Enrich member, but I forgot to bring the card with me". Dia tanya lagi, "what type of Enrich do you have, gold or normal". "Normal" jawab atok. "There's not much help with normal membership", kata dia. Mmm... takpa lah kata atok, dalam hati... ceh tak dapat nak rasa dok business class.
Lepas dah masuk duty free area and buat last minute shopping of some gifts, atok lepak di kerusi menunggu kejap, pintu mana belum keluar lagi di screen. Bila dah keluar, terus ke sana... Gate 22... hujung jugak tu. Tiba di gate, panjang pulak lah the q. Bila tiba giliran atok... mamat kat kaunter tu terus koyak the section of boarding pass and bagi kat atok. Dua langkah atok berlalu, mamat tu panggil, "Excuse me Sir, can I have your boarding pass back"... dalam hati atok kata "apa hal pulak ni, ishhh"... belum sempat atok tanya, dia kata "You've been upgraded to Business Class Sir".... hehehehehee, dalam buat2 strict apek kat kaunter tadi, baik hati jugak dia.
Dok kejap, atok masuk plane lah; "at your leisure" bebila boleh masuk, tak payah nak q macam org2 di ekonomi class tu, chewah.
Tapi bila dah masuk duduk tu, dapat air etc... nampak ada engineer dok trying to sort out something, rasanya the on-board entertainment system yg tak berfungsi dengan sempurna. Lama gak dia dok 'khobek' benda tu. Dahtu, terlepaslah slot 12noon take off, kena tunggu next available slot... haiya. Tunggu punya tunggu... 2 jam kemudian baru naik ke udara.
Bila semua dah settle and stable, apa lagi... lunch lah. Starter was satay, and atok after main course yang atok pun dah tak ingat apa benda, ayam rasanya... tengok movie kejap... then, terus tekan butang bersimbol katil. Sreeeekkkkk.... flat bed pun terhasil, maka beradulah atok tak sedar apa... sampailah dikejut untuk sarapan pagi. Laaa.... dah nak tiba rupanya, sedapnye tido. For breakfast, it was nasi lemak sambal udang.
Bila keluar dan ke luggage claim, hanya travellers dari first and business class je yang atok nampak, mana yang lain semua.. takkkan la lambat sangat dia org dibenar keluar, heran. Hingga di saat atok berlalu dari conveyor dengan luggage atok pun, dia org masih belum tiba. Ke immigresen pun tak payah nak beratur, boleh guna fast track lane, senang (atok takde passport canggih yang boleh scan tu, masih yang format lama).
Nasib baik minggu tu dah kena cuaca panas kat UK, tak de lah rasa panas sangat bila keluar airport tu. Dijemput oleh kakak atok... kemudian ke Mandarin Oriental untuk bersama Mummy, Kakak and Adik yang dah seminggu di situ.
selepas 2 minggu di bumi malaya, malam tadi atok kembali ke pulau impelialis ini untuk menyambung kehidupan sediakala.
2 minggu yang pendek... ramai yang tidak berkesempatan bertemu muka; banyak benda yang tidak berkesempatan dibeli/dimakan; banyak tempat yang tidak berkesempatan dilawati...
tak mengapa lah lain kali ke sana lagi jika ada rezeki dan waktu kurnian Ilahi.
Kakak's 2009 Diary:
>The King & I @ Royal Albert Hall
>The King & I Presscall
>The King & I recall audition II
>BBC Bo The Spirit World audition II
>The King & I recall audition I
>BBC Bo The Spirit World audition
>The King & I audition
>LCB Masterclass Kakak's 2008 Diary:
>LCB Final Audition
>LCB audition
>Lion King Cub School audition
>Scientific Toys photoshoot
>Bicester Village advert casting
>BBC All About Animals photoshoot
>Stagecoach end-of-term show
>Ballet Medal Test '08
>BBC All About Animals casting
>Knorr advert casting
>Zoey 101 magazine photoshoot
>IKEA Commercial casting
>Key Stage 2 SAT Exam
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 4 Exam
>Street Dancing 2008
>Nintendo DS casting
>Clarks International photoshoot Kakak's 2007 Diary:
>BBC Girl Talk photoshoots
>Mawi's London Debut
>Hippie-hippie Shake filming
>OMEC Merdeka Ball
>Merdeka Carnival
>LAMDA Exam
>High School Musical Summer Workshop
>'Walking Bus' Campaign photoshoot
>The Golden Compass re-shoot
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 3 Exam
>BBC's Girls Talk audition
>Honda F1 car launching
>Northern Lights/Golden Compass filming Kakak's 2006 Diary:
>Northern Lights/Golden Compass filming
>Run, Fat Boy, Run filming
>Young Performers 2006
>Philips: The Simplicity Event 2006
>British Airways advert casting
>Ballet Medal Test/Award 2006
>Aladdin pantomine audition
>Zena Holloway underwater photo shoot
>Royal Ballet audition
>CFC-free inhaler promo photo shoot
>Clarks Shoes International photo shoot
>David Beckham Football Academy casting
>Royal Academy of Dance Ballet Exam Kakak's 2005 Diary:
>The King & I UK Tour
>Fashion Photo Shoot - Covent Garden
>Ballet Medal Test/Award 2005
>Cinderella audition
>GMTV recordings
>Nutcracker 2005
>Cinderalla 2005
Previously employed by
Ridge & Partners LLP, Oxfordshire
Syarikat Pembinaan Anggerik, London site office [contract] for the New MSD/Msia Hall project