semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, December 27, 2005

sementara alam dengan tugasnya....

lama nya dah tak update ni. maklumlah, hujung-hujng tahun, semua sibuk dengan tugasan; segalanya nak kena siap sebelum cuti krismas. anyway, apa jadi since the last entry...

beberapa hari sebelum cuti, ofis atok, macam di tahun-tahun sebelumnya, bagi lah hamper (well, kotak actuallynya) untuk semua staf. walaupun rasanya tahun ni macam kurang sikit isinya, tapi byk pula yang bolah dimakan berbanding dengan tahun lepas. tahun ni takde la benda2 macam Wild Boar Pate tu, tapi still ada Brandy Butter dan 2 botol air tu.

kotakkemudian, ada pula carpet salesgirl yang memang baik dengan kita orang datang ofis bagi cokelat. memang canggoh coklat ni, tapi bila buka....mmm, byk pulak yang tak boleh dimakan; rum, wisky, brandy... macam-macam. salesgirls dari satu company carpet ni memang dah lama baik sangat dengan sorang mamat kawan atok di ofis tu, and kita orang tumpang sekaki lah, pasal dia selalu bawa team kami keluar makan... walaupun atok belum pernah lagi specified carpet dia orang.

kira macam dok makan free je lah manjang so far. ada jugak carpet company yang lain datang nak promote their productss. walaupun kekadang tu their products lagi murah, tapi... yang datang tu, pakcik tua, and takde nak bawa kita orang ni keluar makan-makan dan berhibur. tak reti marketing strategy lah depa tu. yang ni, memang dia hantar minah-minah yang over friendly gi promote carpet... jadi rasanya ramaiah arkitek yang terpesona; pandai...pandai.

kemudian, di minggu terakhir tu ada Christmas Annual Dinner. tahun ni kat Eynsham Hall, and our in-house band yang beraksi. takde la seronok pun dinner-dinner macam ni kat sini. ala, macam biasalah.... foodnya tak seberapa pun; starter, main course and dissert yang cenonet cenonet je. pinggan je yang besar, benda nya aiseyman... toit je kat tengah tu, sekali suap pun dah habis. pasal yang pentingnya bukan makan, tapi tonggang dan berdansa.

eynsham_hallband

tak de atok nak tunggu lama, around kul 11pm gitu... cabut balik lah. depa tu stayed sampai kul 1am.... tonggang dan bergoyang.

hari krismas pula...
mummy & little sofea berlepas ke KL. my other half dihantar ke tanah tumpah darah oleh ofisnya untuk interview 15 orang shortlisted candidates (qualified accountants) untuk dibawa bekerja di sini. they've advertised a couple of times in Msian newspapers. pasal quite a last minute arrangement, her office offered to send us all there on a all-paid trip. unfortunately, pasal kakak bertugas (Cinderella), jadi kami berdua tak boleh join la... too bad.
so, what do we miss:
> to be chauffeured to the airport;
> boarding via fast track (invitation only) gate;
> sitting in comfy chairs on MAS Business Class flight;
> chauffered from KLIA;
> staying in a spacious Suite at Mandarin Oriental; and above all
> eat all those food at home.......

maka semalam, Boxing Day, kami ke Swindon dengan 2 family lain. dah banyak tahun tak gi McAthur Glen ni, asyik dok gi Bicester Village je; ramainya orang... shopping sakan belakanya. atok takde nak shopping apa pun, bawa kawan yang datang dari Ireland jejalan, depa yang shopping. memang murah-murah; semua retailers nak dapat income pasal katanya Christmas Sale tahun ni agak hambar, semua orang dok tunggu bargains on Boxing Day. atok masuk kat Next tu, nampak dah banyak kosong... tapi orang masih ramai.

kakak_swindonkawan atok dan isterinya yang shopping; kasut Timberland angkut 3 pasang, baju + jeans from Next, dan macam-macam. kalau mummy ada pun sudah tentu dia banyak borong, tapi atok ni malas nak membelek. lagipun orang ramai... kecoh + rimas.

kakak angkut satu little handbag. sebenarnya bukan la handbag, tapi little case untuk simpan glasses, tapi dia kata nak letak her mobile phone.

hari ni, tak boleh ke mana-mana...pasal kakak performs. ada 2 shows, at 2 & 6pm. our visitors, nak ke London katanya.

kepada penghuni western world:
selamat bercuti....

Comments: Post a Comment