semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, August 23, 2005

Ajaran songsang

Dah lama saya dok perhatikan, bilamana media Malaysia melapurkan tentang berita-berita yang bersangkutan dengan Abu Hamzah, Omar Bakri Mohammad, Abu Qatada dan yang serupa dengan mereka ini, maka ditulis tajuk berita sebagai:

'Ulamak Britain..... '

MasyaAllah ! Bila masa pulak mereka ni yang begitu ekstrim dan sering memangkinkan kekacauan ditauliahkan sebagai ulamak. Saya tidak nampak pun ciri-ciri ulamak dalam mereka ini. Yang ada hanyalah retorik-retorik ganas dan melampau yang jauh terpesong dari ajaranNya. Juga tidak pula mereka ini mempunyai ijazah yang membolehkan mereka dilabelkan sedemikian.

Pernah saya bertanya hal ini pada seorang rakan yang bekerja sekian lama sebagai wartawan untuk media tanahair. Katanya, kadang tu ditambah dan diubah akan berita asal yang dihantarkan oleh wartawan sebelum ianya dicetak.

Apa yang khuatir terjadi selanjutnya akan pemesongan label ini ialah pembaca yang menerimanya... yang meletakkan mereka ini ditahap ulamak, yang seterusnya menampakkan seolah-olah guru yang membawa ajaran tulen telah dianiaya dan dizalimi. Hakikatnya sama sekali tidak benar dan tersasar jauh.

Secara amnya, mereka ini telah mempalit kotoran kepada agama mereka dan meletakkan sebahagian besar penganutnya di dalam kesusahan. Secara perundangannya pula, mereka ini telah melanggar undang-undang setempat dengan menganjurkan kekacauan. Maka mereka ini sebenarnya berada dipihak yang bersalah.

Sepertimana yang telah ditulis oleh seorang sahabat dan guru, Sheikh Muhd Afifi al-akiti, dalam fatwa beliau yang telah mendapat sanjungan dari berbagai pihak diseluruh dunia (lihat posting terdahulu):
(saya terjemahkan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris)
Jika pun sekiranya kamu tiba ke tahap hendak berlaku ganas, ketahuilah bahawa kamu boleh diklasifikasikan menurut undang-undang sebagai pengganas ataupun pemberontak (rebel) yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas kamu: walaupun pihak yang berkuasa itu dianggap ataupun sememangnya tidak adil /bersifat rasuah. (Makna pengganas/pemberontak ialah “Orang Islam yang menyanggah (bukan dengan hati dan pertuturan tetapi dengan tangan/perlakuan) pihak berkuasa walaupun pihak berkuasa itu tidak adil dan mereka (orang Islam) itu benar [al-Nawawi, Majmu’, 20:337]
Harapnya, media tanahair, termasuklah juga tapak-tapak web tidak lagi menggunakan label ini dan memesongkan orang ramai.

Wallahulam....

Comments: Post a Comment