semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, December 25, 2003

Santapan di petang natal

Hari ni kami ke Bristol - kira-kira 140km dari sini - atas jemputan sepasang suami isteri yg baru kami kenali, N(wanita melayu) & R(suaminya, mat saleh). Perjalanan yg mengambil masa kira-kira sejam setengah banyak dibantu oleh kelengangan yg amat akan lebuhraya M4 yg selalunya begitu sibuk sekali. Setibanya kami di rumah mereka jam 2 tgh tepat, seperti waktu jemputan, dua keluarga lain sudahpun sedia ada. Maka, teruslah ke meja santapan....

Entree nya sahaja sudah cukup menyenyangkan, belum pun keluar 'roast turkey' sebagai hidangan utama. Perut ini sudah ingin meletup rasanya tatkala pembasuh mulut disua. Anak-anak pula, sibuk dengan 'party poppers' dan 'christmas crackers', di ruang bersebelahan. Seperti biasa, masa 'rehat' dipenuhi dengan perbualan dan gelak ketawa. Jam 8 mlm barulah kami mula berangkat pulang, dalam renyai.

'Selamat Hari Natal' pada yg menyambutnya, dan pada yg hanya akan merayainya di bulan hadapan....'Selamat Bersiap-siap'.

Sunday, December 14, 2003

Sesat di jalanan

“Di sini rupanya kau!”, pekik ketua gurkha yang dihantar oleh tuan gembala.
“Mmm…apsal lama sangat baru kau jumpa aku? Bukannya aku gi mana pun, dok sini je”, jawab anjing gembala yang sekian lama terlepas lari dan diburu.

------------------------ di tempat tahanan pula --------------
“Nyusahkan orang je lah kau ni! Tak tahu mengenang budi !”, herdik tuan gembala pada anjing yang telah sekian lama mengganas di kampong.

Anjing yang nampak keletihan dan tak terurus setelah begitu lama menyorok di sana sini hanya mampu separa senyum sambil melurut bulunya yang agak panjang dan kusut masai.

“Tapi dulu tuan jugak yang ajar saya buat benda-benda macam ni”, balas anjing dengan berani.

Gembala tersenyum. “Dulu lain, dulu kau kerja dengan aku, ikut rancangan aku. Tapi kau bodoh, lari dari telunjuk aku, buat hal sendiri. Sekarang sapa susah!? Kalau kau masih ikut aku, tak de nak jadi macam ni. Sekarang ni semua orang nak lanyak kau, aku pun tak boleh selamatkan kau. Aku dah kata dulu, ikut sahaja apa yang aku suruh, jangan nak pandai-pandai ikut hati kau, bodoh!”.

“Aku kepala kat sini, apa hajat aku tak ada siapa pun boleh sanggah, kau pun tahu. Aku tahu aku jahat, tapi jahat aku ada class, bukan jahat sembrono macam kau! Kau kena faham, dah banyak kali aku cakap dulu, nak buat jahat kena ada peracangan yang terbaik, kalau tidak… jadilah macam kau…jahat koboi, bodoh! Sekarang ni aku pun turut susah, orang lain semua nak tanya kau, pasal kisah lama-lama. Aku bagi warning, kalau kau sebut nama aku…siappp kau! Kau akan lupus dengan penuh kehinaan.”

“Aku akan bagitahu semuanya…segalanya! Kau yang suruh aku buat pada mulanya…aku tak kira, aku pun ada maruah”, jawab sang anjing penuh berani.

“Kurang ajar!”, herdik tuan gembala. “Nanti kau tahulah akibatnya”, tambahnya lagi.
“Ahhhh..kau ni dah biol, tak betul..mereng, kau tahu…mereng. Tak de masalah aku nak layan kau. Lagipun aku dah penat ni, berambussssss kau!”

“Bangun!!!”, herdik gurkha yang berbadan besar di belakang, sambil sedikit menolak bahu sang anjing yang tesesat jalan.

Lalu mereka beredar ke kamar kecil tempat tahanan.

Dengan nada separa berbisik, sang gurkha berkata pada sang anjing, “Taka pa lah encik saddam, paling busuk pun, encik malam ni boleh tidur lena di tilam empuk, bilik air-cond, ada ensuite, makan minum pun enak. Tak payah lari sembunyi dalam gua sana sini lagi dah. Selamat kembali ke pangkal jalan, jalan kita ”.

Thursday, December 04, 2003

A Raya It Was....

Well, it was the first time I took leave from work for raya... in fact it was given. As I'm now working for a M'sian company, 2 day leave was a standard, yahoooo! And a raya sakan it was. On the day itself, I managed to catch the last (3rd) session of solat aidilfitri at my local mosque. By that time, the place was not that full anymore (as most might know, for Hanafis...it is a WAJIB solat, not sunat like us the Shafies). Since my wife is still under her 44-day pantang, we decided not to have our open house just yet, so we crashed into others, hehe.

Then, on the Saturday 29th we had our official raya gathering for Msians in this area, attended by the Dato' Director of MSD London and family. The food was, my god, tak larat nak makan. The very next day Sunday, it was Melayu UK's Hari Raya Party at Walsall (near Birmingham) which was about 2 hour drive (in the rain) from my place. It was a very successful event indeed, attended by at least 160 people. I think the kids enjoyed the bouncing castle and musical chair more than the mouth watering food. We slaughtered one lamb for the (gujerati style) chicken bryani.

This Saturday....makan lagi [coz raya IS sebulan]. Yummy, yummy....