semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, October 23, 2007

She's 4 today

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

photo update:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, October 18, 2007

final official trailer

Labels:

Tuesday, October 16, 2007

sayonara...

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketKisho Kurokawa, arkitek ikonik Jepun yang merekabentuk KLIA telah meninggal dunia di Tokyo pada pagi hari Jumaat, 12 hb minggu lalu. Beliau, yang mempelopori Metabolism Movement menghembus nafas terakhirnya pada usia 73 tahun kerana sakit jantung.

Konsep-konsep Metabolism, Symbiosis, Recycle, Ecology, dan Ecosystem yang dipelopori beliau sejak dari tahun 60an lagi telah kini menjadi isu semasa yang dibincangkan dan diketengahkan oleh banyak pihak di seantaro dunia.

Terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan terutamanya di dalam dunia alambina.

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

DARI ATOK . MRS ATOK . KAKAK . ADIK


Namun seperti biasa, penentuan hari raya di sini penuh dengan kontroversi. London Central Mosque awal-awal lagi mengumumkan akan menyambut raya pada hari Jumaat, seperti lazimnya mengikut Arab Saudi (kerana masjid ini 'dipunyai' oleh Saudi), tetapi ramai yang tidak mahu mengikut telunjuk keluarga Saud. Muslim Council of Britain pula mengumumkan raya jatuh pada hari Sabtu. Dan mengikut kiraan falak, adalah mustahil untuk anak bulan Syawal kelihatan di pulau impirialis ini.

Sebelum Isyak tadi, setelah berkali-kali cuba menalipon masjid terdekat dan gagal untuk get thru, atok terus ke sana. Kekecohan terus berlaku; sebahagian dari pihak pengurusan inginkan Sabtu, tapi sebahagiannya inginkan Jumaat. Mula tu diputuskan hari Sabtu dan terus diwartakan di websitenya, tapi perdebatan masih diteruskan. Akhirnya, atok pulang... tak larat ah nak tunggu dorang dok berkeras kepala. Dalam jam 10:30 mlm, atok check sekali lagi website masjid.... dah ditukarkan kepada esok, Jumaat pula (dengan apologies terhadap pengumuman sebelumnya). Begitulah di sini di setiap tahun.

Maka berayalah atok esok di pejabat, dengan biskut dan air kopi, pasal dok ingat raya Sabtu. Tapi memang dah biasa beraya kat office pun pasal tak pernah ambik cuti on raya day.

Wednesday, October 10, 2007

rajawali terbang tinggi

Petang tadi, dalam jam 2 lebih, Atok berkesempatan menonton melalui NASA TV online lintas langsung pelancaran roket Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, tempat terlancarnya Vostok 3KA-2 pada 12 April 1961 yang memeranjatkan dunia. Lantas memulakan space race.

Walaupun Atok agak kurang bersetuju dengan pembaziran wang rakyat yang begitu banyak dalam program untuk meletakkan warga Malaysia di angkasa, namun... di detik dan saat pelancaran, bila sahaja api merah menyala melonjakkan roket Soyuz ke angkasa... Atok mengaminkan doa mengucap selamat kepada saudara Dr. Sheikh Muszaphar Shukur (atok rasa seluruh msia pastinya mengaminkan doa di saat bersejarah itu).



Setelah beberapa minit di udara, pandangan dari bumi dialihkan ke dalam cockpit, dan jelas kelihatan saudara Muszaphar, dengan Jalur Gemilang di bahu, di sebelah kanan commander Yuri Malenchenko.

Setuju atau tidak dengan program ini ... semoga harapan yang diucapkan oleh saudara Muszaphar bahawa dia ingin menjadi seperti Yuri Gagarin, menjadi sumber dan mangkin kepada semua warganegara untuk meminati alam penerokaan angkasa, akan menjadi kenyataan. Amin.


"Dear friends, known and unknown to me, my dear compatriots and all people of the world! Within minutes from now, a mighty Soviet rocket will boost my ship into the vastness of outer space. What I want to tell you is this. My whole life is now before me as a single breathtaking moment. I feel I can muster up my strength for successfully carrying out what is expected of me."
- Yuri Gagarin, Wednesday 12 April 1961, minutes before blast-off.

Thursday, October 04, 2007

pertama

Hari Ahad yang lalu, buat pertama kalinya rambut Kakak dipotong sejak kelahirannya lebih 10 tahun yang lalu (kecuali sedikit cuma di hari ke-7 beliau sempena majlis memberi nama). Ini adalah permintaan dari BBC Studio yang terlibat dengan penerbitan majalah awal remaja Girl Talk. Bukanlah banyak, sedikit cuma... dalam 4 inci sahaja. (foto kemudian)

Dan hari Selasa, giliran Adik pula.... terlibat dalam photoshoot pertamanya untuk katalog jualan musim Christmas nanti bagi gedung mainan terkemuka, Toys 'R' Us.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Hari ini, atok dapat tahu, buku 'Growing Up in Trengganu' , karangan sahabat di Kota London, Awang Goneng (pengarang blog 'Kecek-kecek') telah pun berada di pasaran; hadiah hari raya untuk semua, terutamanya kepada oghang Tganung di mana saja berada.

Well Dang Tuang Aji Awang !