semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, February 15, 2004

Makan Time

Hari Sabtu 14hb semalam, Persatuan Masyarakat Malaysia Reading, Berkshire telah mengadakan majlis aidil adha (belated atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan). Alhamdulillah, Tuan Guru Sheikh M. Afifi al-akiti pun turut hadir. Jadinya, kita buat majlis tahlil ringkas sebelum menjamu selera. Antara tujuan utama majlis ialah sebagai hari 'suai-kenal' antara kumpulan pelajar, penduduk tetap dan terutamanya keluarga2 pegawai Petronas yang 'baru' tiba. Sebenarnya, sejak sekian lama, Petronas menghantar kumpulan jurutera mereka ke Foster Wheeler yang menjadi design consultant mereka. Sejak bertahun sudah, silih berganti kumpulan Petronas datang dan tinggal di Reading ni, mengikut kumpulan projek masing2. Ada yang datang beberapa hari/minggu, ada yang beberapa bulan, hinggalah ke tahun. Buat masa sekarang ni, rasanya ada lah dalam 12 keluarga Petronas di sini, dan insyaAllah kumpulan baru (projek lain) akan tiba dalam sedikit masa lagi. Terimakasih daun keladi kerana mereka yang sponsored majlis semalam; takde lah kita buat collection macam selalu tu :)

Atok pula, dah banyak hari tak berapa sihat sikit... demam, selsema and batuk. Ni kiranya dah okay sikit lah. Hopefully, the dusty and cold site tak akan memparahkannya lagi, setelah 2 hari bercuti sakit minggu lepas. Kiranya dah 4 hari tak menjenguk site, sudah tentu dah banyak progress... dan juga banyaklah tugasan yang menunggu. Progress dah semakin laju sekarang ni, pasal memang the bulk of the work is at the end, i.e interior finishing. Dengar ceritanya, dah berpuluh-puluh orang dok tunggu nak masuk tender untuk canteen tu. Tapi ada yang kata, dah bagi kat someone... yang lain pula kata, mana ada, tender belum buka. Katanya dah a few orang from M'sia yang datang all the way melobby untuk tender canteen ni. Atok dok dengar, memang money pot lah this business... so patutlah berduyun-duyun dok kerumun. All previous operators dengarnya senang lenang thru that tender. Tapi so far, belum ada yang datang jenguk site and tengok the actual canteen and kitchen space, lum siap lagi pun. Orang kata, sapa yang kuat cable dia dapat... Bolehwood way. Mmm... atok nak masuk tender jugaklah, hahahahhahahahaha... coz I know the place in and out, and in fact I selected the kitchen equipments, floor and wall finishes.
Tapi....... no cable lah :(

Tuesday, February 10, 2004

Bayangan kejayaan

Mak oiii... dah berkaratlah this blog; punyalah lama tak update. Bukan apa, balik keje dah malam...penat. Weekend asyik penuh ngan macam-macam program pulak. Anyway, takde apa sangat nak cerita, cuma sehari dua ni sejuklah pulak kat sini. Ingatkan lepas snow minggu lepas (akhirnya turun jugak di selatan pulau ni, setelah sekian lama di atas sana), dah semakin cerah dan kurang sejuk. Namun meleset, angin silunjang dari sigap gunung dingin di utara masih rancak menyepuh lembah Thames. Dah selsema balik....

Pasal kerja/projek pula, so far so good lah... progress is well on track, in fact a tad advance than programmed. Pasal ramai sangat dok tanya on this matter, Atok ingat... apa kata kalau Atok bagi sedikit glimpse of the view from within, ehem. Ni kira exclusive ni, kat sini je boleh tengok this preview. Okay, pada yang interested, sila visit Atok nye PhotoBlog kat sebelah >>>> tu. Click je lah kalau nak tengok, free of charge (for now, hehehe). Tak banyak, bagi 3 photos je lah, yang lain-lain tu tak leh lah, kasi surprise sikit. Tunggu opening ceremony by Pak Lah in the month of ... opsss tak leh cakap lah, hehehe.

MALAYSIA BOLEH !