tabik tuan!
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi segak di mimbar membaca khutbah Jumaat di Masjid Mukim Langgar, Kota Bharu dengan berpakaian seragam semalam.Tapi tak nampak pula pegang senjata seperti yang dicadangkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz bulan lalu.
Initiatif bermakna ini boleh diteruskan dengan memimbarkan Tuan Hakim, Pengarah Nakortik, Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Jadi takde lah umumnya nampak bicara mimbar tu berkenaan hal-hal akhirat semata-mata (walaupun semuanya adalah didalam rangkuman yg sama, tapi...ahh, malaslah, panjang pulak nanti kalau nak bersurah pasal benda-benda ni).
Semalam juga, banyak produk halal Malaysia dilancarkan di Tesco cawangan Slough. Ni dia apa yang ditulis di Berita
... aiseyman Encik Kamal.... Slough tu bukan di Oxford la, tapi di dalam Royal County of Berkshire; 22 batu di barat Kota London, 20 batu di timur bandar Reading (bandar utama di dalam daerah Berkshire).
lagipun, Oxford tu nama bandar, daerahnya Oxfordshire.
tambah lagi, kenapa tajuknya 'Tesco London' sedangkan ianya Tesco Slough yang bukannya di London....
macamana ni, lapuran penuh dengan kesalahan: memula kata di London, tetapi di Slough, dahtu kata di Oxford, ayoyo... mana satu daaa?
apa kata kalau atok tulis:
Tesco Kuala Lumpur lancar produk X
Semalam, produk X telah dilancarkan oleh Menteri Y di pasar besar Tesco Shah Alam, Seremban.
---------------------------------------
tak apa lah, atok pun indirectly ada sangkut paut juga dengan program 'Taste of Malaysia' ni, silalah datang kalau ada kelapangan, di empat hari ini: