semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, March 30, 2007

d-day

resignPagi tadi, Atok telah menyerahkan surat ini pada Boss dan juga HR Partner. Di penghujung tahun lalu, permintaan Atok untuk diserapmasukkan ke cawangan Reading tidak berjaya kerana tiada kesesuaian jawatan.

Maka tiada apa yang tidak diduga kerana sejak itu telahpun dimaklumkan akan hasrat Atok untuk pulang bekerja berdekatan dengan kediaman dan meninggalkan perjalanan 35 batu sehala ke sini setiap hari.

Hari terakhir menghirup udara tenang dan melihat kuda berlarian di Blenheim Park World Heritage Site ini ialah Jumaat 27hb April.

Selamat tinggal, untuk kedua kalinya, bumi The City of Dreaming Spires.

first glimpse

New Line Cinema, the production company behind 'The Golden Compass' has released a raw teaser-trailer, including behind the scene footage, a few days ago.

Here it is:



Previous related entries here, here and here.

Wednesday, March 28, 2007

2F1

Isu ni dah lama, puluhan tahun dah. Dulu lagi Pulau Temasek ada ura-ura nak bersama di dalam perlumbaan F1, tapi setiap kali isu ini dinaikkan, ianya serta-merta menjadi sepi. Ada cadangan untuk menjadikan perlumbaan di pulau itu seperti di Monaco, dengan menggunakan jalanraya yang sediada. Ada juga cadangan untuk mengadakan perlumbaan di waktu malam. Macam-macam bicara telah dilepaskan sekian lama.... tanpa hasil.

Di tahun-tahun 60an & 70an, Singapore Grand Prix merupakan salah satu aksi utama di dalam dunia lumba kereta Asia, dengan menggunakan sebahagian dari Jalan Thompson. Asalnya dikenali dengan nama Malaysian Grand Prix, tapi ditukarnama setelah pulau singa dinyahkeluar pada tahun 1965. Grand Prix ini ditamatkan pada tahun 1972 atas sebab-sebab keselamatan & kesesakan (jalanraya). Akan tetapi, ianya bukanlah F1.

Namun, sejak Msia memasuki alam F1 dengan membina litar di Sepang, singa-singa di pulau selatan tu baru lah nampak betapa ratusan juta yang sepatutnya mereka juga perolehi terlepas begitu saja. Malah, ramai juga rakyatnya yang berbondong-bondong ke Sepang di setiap tahun. Maka baru-baru ini, tatkala perlumbaan pertama musim ini berlangsung di pulau yang lebih besar nun di bawah sana, Raja Temasek telah menghantar utusan untuk bertemu-runding dengan tuan punya dunia F1, Saudagar Bernie... untuk meletakkan pulau singa di dalam empayar lumba beliau. Saudagar Bernie setuju pada dasarnya untuk mengambil kira cadangan para singa, untuk membina satu litar baru di sebidang tanah negara berdekatan dengan Lapangan Terbang Changi.

Spore F1
Maka kecohlah di Semenanjung.... dan kerja-kerja menconteng pun bermulalah di tempat kerja Atok ini.

Di tahun lalu, Maharaja China juga ingin menambah satu lagi litar buat rakyatnya. Sememangnya sudah ada satu di Shanghai, tapi oleh kerana betapa besarnya tanah China, maka difikirkan, rakyatnya di bahagian barat harus diberi peluang yang sama. Maka satu kawasan sawah padi seluas 2.0km persegi di Chongqing menjadi pilihan. Yang ni dah kami dah conteng, tapi sepi je sejak dari itu... samalah juga yang kami conteng untuk Moscow di Nagatino Island, juga sepi. [Moscow telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan tapak ini, atas sebab-sebab kewangan dan keselamatan].

Sementara itu, kami di sini terus sibuk dengan kerja-kerja di tapak bina untuk Honda F1, RedBull F1 & Renault F1. Satu lagi pasukan baru yang bakal beraksi di musim depan, Prodrive F1, juga akan mulakan kerja di tapak sedikit masa lagi.

Saturday, March 24, 2007

tabik tuan!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi segak di mimbar membaca khutbah Jumaat di Masjid Mukim Langgar, Kota Bharu dengan berpakaian seragam semalam.

Tapi tak nampak pula pegang senjata seperti yang dicadangkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz bulan lalu.

Initiatif bermakna ini boleh diteruskan dengan memimbarkan Tuan Hakim, Pengarah Nakortik, Pengarah Pendidikan dan sebagainya. Jadi takde lah umumnya nampak bicara mimbar tu berkenaan hal-hal akhirat semata-mata (walaupun semuanya adalah didalam rangkuman yg sama, tapi...ahh, malaslah, panjang pulak nanti kalau nak bersurah pasal benda-benda ni).




Semalam juga, banyak produk halal Malaysia dilancarkan di Tesco cawangan Slough. Ni dia apa yang ditulis di Berita Hairan Harian:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


... aiseyman Encik Kamal.... Slough tu bukan di Oxford la, tapi di dalam Royal County of Berkshire; 22 batu di barat Kota London, 20 batu di timur bandar Reading (bandar utama di dalam daerah Berkshire).

lagipun, Oxford tu nama bandar, daerahnya Oxfordshire.

tambah lagi, kenapa tajuknya 'Tesco London' sedangkan ianya Tesco Slough yang bukannya di London....

macamana ni, lapuran penuh dengan kesalahan: memula kata di London, tetapi di Slough, dahtu kata di Oxford, ayoyo... mana satu daaa?

apa kata kalau atok tulis:

Tesco Kuala Lumpur lancar produk X

Semalam, produk X telah dilancarkan oleh Menteri Y di pasar besar Tesco Shah Alam, Seremban.

---------------------------------------
tak apa lah, atok pun indirectly ada sangkut paut juga dengan program 'Taste of Malaysia' ni, silalah datang kalau ada kelapangan, di empat hari ini:

taste of msia reading 2007

Monday, March 19, 2007

3-in-1

Yesterday:

1. South of England Latin America Championship (Ballroom Dancing)
Kakak entered 5 events (all Beginners Level) via her Dance Club at school... just for fun. The even started at 10am and we were there at 9:15am as prescribed for registration etc. The place was buzzing with people ... though the earlier sessions were for amateurs, but most of them were, to me, looked 'serious' or semi-pros; mostly from established dance schools all over the south. Anyway, Kakak got to semi-finals.... not bad for a real beginners.

It was about 6:45pm when we finally got home; the adult pro events were still going on though. That one was really serious competition... with pro ballroom dancers, real class.

LatinDance

LatinDance2

LatinDance3

2. Mother's Day

3. My 3xth Birthday.

> b'coz No.1 took all day and by the end of it we were all knackered... No.2 & No.3 were non-events.