semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, December 06, 2005

What time is it?

Hari Sabtu yang baru lalu menyaksikan tersingkirnya lelaki Maghribi, Chico Slimani, dalam pertarungan X Factor di ITV. Kegagalan beliau untuk mara ke separuh akhir, melalui undi penonton, walaubagaimana pun telah meninggalkan berbagai warna kepada seluruh penonton. Chico yang di masa kecilnya manghabiskan seharian dengan mengembala kambing, telah memikat ramai peminat terutamanya kanak-kanak. Aksinya yang penuh ligat (beliau sebelum ini bekerja sebagai 'stripper') sering melenyapkan kelemahan vokalnya. Di setiap minggu, bilamana disebut akan namanya diantara mereka yang berjaya ke pusingan seterusnya, beliau terus menadah tangan dan mendongak ke langit seraya mengucap 'Allahuakbar'. Suatu ketika, beliau melutut dan mengaminkan doa.

Walaupun tersingkir, kepopularan beliau kini sudah cukup untuknya... mungkin sebuah 'single' akan dipasarkan dalam sedikit masa lagi; lagunya sendiri yang didendangkan di minggu terdahulu, 'It's Chico Time', bersama para 'cheeky chiketts'.

Atok teringat juga pasal rancangan yang seiringan di Msia, AF, yang telah melahirkan fenomena Mawi. Tidaklah atok mengikuti akan perkembangan pop tanahair. Tapi bilamana agak kecoh baru-baru ini bila beliau diundang ke tanah tumpah, negeri Kilat-kilatan... maka atok pun ter-ambil tahu lah sedikit. Hatta atok bertanyakan kepada seorang rakan di tanahair; pasal dia ni dulu di zaman sekolah dan kolej, seorang penyanyi utama dan pemain gitar rancak. 'Sedap sangat ke si Mawi ni nyanyi?', tanya atok. Jawab M, 'Pada aku, sama je dengan mamat-mamat yang dok nyanyi jual ubat kat Bus Stand Klang tu, takpun mamat-mamat tu lagi sedap'.

Jadinya, oleh kerana nak disahihkan pendapat itu, atok pun melayarlah alam maya ni, cari kot-kot ada video klip. Dahtu jumpa lah; muat turun dan dapat dengar-tengok si Mawi ni nyanyi lagu lama 'Gadis Melayu' dan 'Beautiful Maria'.... aiseyman, betul lah kata rakan atok ... vokalnya hancussss. Memang agak setaraf dengan mamat-mamat yang atok pernah dok dengar di Bus Stand Klang tu la. Camno ni? Kalau ginilah juara di bumi Malaysia.... parah jugak lah kualiti penyanyi masakini rupanya. Ataupun, parah jugaklah citarasa rakyat marhain sekelian. Mmmm....

Nak dijadikan cerita, beberapa bulan lalu, dalam dok sembang2 dengan seorang kenalan di London... terkeluar lah kisah ni. Dia pun buka al-kisah riwayat. Katanya, ini maklumat dalaman dari Astro. Begini, katanya. Astro ni buat kajian, kat mana ramai orang berlanggan dengannya, kawasan mana, orang2 yg macamana, dll. Alaaa.... basic market reserach lah kata orang. Maka didapati, tidak ramai yang melanggan di kawasan-kawasan luar bandar, dan juga di tanah-tanah rancangan. Oleh itu, satu blueprint telah digariskan untuk menaikkan jumlah langganan. Dan jalan yang utama ialah melalui rancangan AF tu lah. Maka, dari mula....akan ditonjolkan, diwartakan, diagungkan, dijulangkan akan watak dan profil Mawi ni. Dalam kata lain, ianya adalah tektik pemasaran dengan menggunakan saikologi. Begitulah ber-surahnya kenalan atok tadi. Tambahnya, dengan AF dan Mawi tu, ternyata langganan dari tanah-tanah rancangan melonjak naik...dan akhirnya, kumpulan pemasaran dan yang menghasilkan grand design itu telah mendapat puji-pujian serta imbuhan bonus yang lumayan. Katanya lagi, yang rugi ialah anak-anak muda Melayu yang telah menghabiskan puluhan malah ratusan ringgit untuk mengundi melalui sms.

Hari ini pula... ada dua undi yang penting. Di sini, ketua parti Conservative yang baru telah diishtiharkan petang tadi, setelah semua undi dikira. David Cameron telah menewaskan lawanya David Davis dengan majoriti yang agak besar. Maka bermulalah lagi satu era baru parti yang masih gagal menumbangkan Maharaja Tony. Semua orang menunggu esok, kerana setiap Rabu ialah PMQ (Prime Minister's Questions), dimana selama 30 minit Perdana Menteri akan digasak oleh ketua pembangkang dengan berbagai soalan, kutukan, dan juga ejekan. Oleh kerana sessi parlimen disiarkan di tv, maka rakyat jelata dengan penuh minatnya menunggu untuk melihat debat pertama David Cameron menentang Tony Blair, setelah 3 ketua yang berlalu agak gagal.

Satu lagi pengundian, ialah di bumi tercinta tanah Kilat-kilatan. Dari mula-mula masuk ofis pagi tadi lagi, atok dah online tengok lapuran dari Pengkalan Pasir. Kejap-kejap, re-fresh. Yang up-to-date kebanyakannya website bulan. Menang sana, kalah sini. Mula tu ada yang tulis di tag-board, bulan dah memang. Maka disahut dengan 'takbir' oleh pelayar2 lain. Hujung2... keluar keputusan... bulan gerhana, dacing yang cerah. Namun, semua kena tunggu esok pagi untuk kiraan semula. Apa-apa pun, sudah tentu tiada akan adanya Tok Hj Imam yang mengamuk 'nja' peti-peti undi tak tentu pasal this time. Pasal se-gedebe mana pun 'oghe kito'... takde yang akan 'bgitu mmo, bedo'oh lalu...tok kaba ingak'. Pastinya ramai yang tak tidur malam menjaga peti-peti undi... yelah, ramai hantu dan jin yang berkeliaran mencari peluang untuk memenuhi watikah ketua masing-masing.

Yang pentingnya, siapa yang menang tu, nak kena lah tunaikan janji manis masing-masing.

Ghetok nok keno buak

Pitih nok keno bui
Ghumoh nok keno bekki
Jalae nok keno ta
Paghek nok keno gali

Kalu sekak kkecek bbua....
Tok payohlah...

'What time is it?'
'It's cikai time'

Atok tersenyum dengan satu sepanduk yang direntang:
Tepok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Takbir ramai-ramai,
Balak suku-suku.
Semoga aman sejahtera negeriku, amin.

Comments: Post a Comment