Kitab Atok: tuturan alambina
Get it here
Saturday, December 31, 2005
Tuesday, December 27, 2005
sementara alam dengan tugasnya....
lama nya dah tak update ni. maklumlah, hujung-hujng tahun, semua sibuk dengan tugasan; segalanya nak kena siap sebelum cuti krismas. anyway, apa jadi since the last entry...beberapa hari sebelum cuti, ofis atok, macam di tahun-tahun sebelumnya, bagi lah hamper (well, kotak actuallynya) untuk semua staf. walaupun rasanya tahun ni macam kurang sikit isinya, tapi byk pula yang bolah dimakan berbanding dengan tahun lepas. tahun ni takde la benda2 macam Wild Boar Pate tu, tapi still ada Brandy Butter dan 2 botol air tu.
kemudian, ada pula carpet salesgirl yang memang baik dengan kita orang datang ofis bagi cokelat. memang canggoh coklat ni, tapi bila buka....mmm, byk pulak yang tak boleh dimakan; rum, wisky, brandy... macam-macam. salesgirls dari satu company carpet ni memang dah lama baik sangat dengan sorang mamat kawan atok di ofis tu, and kita orang tumpang sekaki lah, pasal dia selalu bawa team kami keluar makan... walaupun atok belum pernah lagi specified carpet dia orang.
kira macam dok makan free je lah manjang so far. ada jugak carpet company yang lain datang nak promote their productss. walaupun kekadang tu their products lagi murah, tapi... yang datang tu, pakcik tua, and takde nak bawa kita orang ni keluar makan-makan dan berhibur. tak reti marketing strategy lah depa tu. yang ni, memang dia hantar minah-minah yang
kemudian, di minggu terakhir tu ada Christmas Annual Dinner. tahun ni kat Eynsham Hall, and our in-house band yang beraksi. takde la seronok pun dinner-dinner macam ni kat sini. ala, macam biasalah.... foodnya tak seberapa pun; starter, main course and dissert yang cenonet cenonet je. pinggan je yang besar, benda nya aiseyman... toit je kat tengah tu, sekali suap pun dah habis. pasal yang pentingnya bukan makan, tapi tonggang dan berdansa.
tak de atok nak tunggu lama, around kul 11pm gitu... cabut balik lah. depa tu stayed sampai kul 1am.... tonggang dan bergoyang.
hari krismas pula...
mummy & little sofea berlepas ke KL. my other half dihantar ke tanah tumpah darah oleh ofisnya untuk interview 15 orang shortlisted candidates (qualified accountants) untuk dibawa bekerja di sini. they've advertised a couple of times in Msian newspapers. pasal quite a last minute arrangement, her office offered to send us all there on a all-paid trip. unfortunately, pasal kakak bertugas (Cinderella), jadi kami berdua tak boleh join la... too bad.
so, what do we miss:
> to be chauffeured to the airport;
> boarding via fast track (invitation only) gate;
> sitting in comfy chairs on MAS Business Class flight;
> chauffered from KLIA;
> staying in a spacious Suite at Mandarin Oriental; and above all
> eat all those food at home.......
maka semalam, Boxing Day, kami ke Swindon dengan 2 family lain. dah banyak tahun tak gi McAthur Glen ni, asyik dok gi Bicester Village je; ramainya orang... shopping sakan belakanya. atok takde nak shopping apa pun, bawa kawan yang datang dari Ireland jejalan, depa yang shopping. memang murah-murah; semua retailers nak dapat income pasal katanya Christmas Sale tahun ni agak hambar, semua orang dok tunggu bargains on Boxing Day. atok masuk kat Next tu, nampak dah banyak kosong... tapi orang masih ramai.
kawan atok dan isterinya yang shopping; kasut Timberland angkut 3 pasang, baju + jeans from Next, dan macam-macam. kalau mummy ada pun sudah tentu dia banyak borong, tapi atok ni malas nak membelek. lagipun orang ramai... kecoh + rimas.
kakak angkut satu little handbag. sebenarnya bukan la handbag, tapi little case untuk simpan glasses, tapi dia kata nak letak her mobile phone.
hari ni, tak boleh ke mana-mana...pasal kakak performs. ada 2 shows, at 2 & 6pm. our visitors, nak ke London katanya.
kepada penghuni western world:
selamat bercuti....
Saturday, December 17, 2005
A photo from the Nutcracker 2005 ballet production Kakak did a few months ago; a public show put up by her dance school in conjunction with its 20th anniversary at Bearwood Theatre.
This was from one of the scenes; arabian dance.
This was from one of the scenes; arabian dance.
Saturday, December 10, 2005
To the ball.....
Remember the audition drama Kakak had back in July this year?Well, finally... after those intensive daily rehearsals Kakak had for the past two weeks, Cinderella pantomine starts today at the Hexagon. Dancing and singing as one of the fairies, Kakak did both of todays shows; 2pm and 6pm. It was nearly full house on the first day, a very good start.
Tomorrow, the other children group will perform. Though it won't be a rest day for Kakak as she will be reheasing for her Royal Academy of Dance (Ballet) exam she'll be taking early next year. Back on stage on Tuesday morning.
Cinderella is played by Michelle Hardwick. Michelle is best known for her role as Lizzie in the hugely popular series The Royal on ITV1. She’s also appeared in Heartbeat, Coronation Street and the BBC drama Shirley as well as performing verse readings on BBC Radio 4.
This panto will be staged daily (except on Christmas day) until the 8th Jan 2006.... hence, no Christmas holiday for us this year.
As normal, there are two kids groups alternating, and Kakak's group will be peforming on:
Tues 13 Dec: 10.15am
Wed 15 Dec: 1.30pm
Fri 16 Dec: 2pm & 7pm
Sun 18 Dec: 2pm & 6pm
Wed 21 Dec: 2pm & 6pm
Thurs 22 Dec: 7pm
Fri 23 Dec: 2pm
Sat 24 Dec: 2pm & 6pm
Tues 27 Dec: 2pm & 6pm
Thurs 29 Dec: 2pm & 7pm
Sat 31 Dec: 2pm
Mon 2 Jan: 2pm & 6pm
Thurs 5 Jan: 7pm, and finally
Sat 7 Jan: 2pm & 6pm
Semua dijemput...to the ball.
Thursday, December 08, 2005
95 minutes before Pearl Harbor
It was the annual monsoon season in the East Coast, and kampung folks of Kuala Pak Amat had just finished their 'mmaeng tteghi' (main puteri) on the beach on the evening of 7th Dec 1941. The traditional shamanistic healing ceremony (which has now banned by the state government) which could take up to three consecutive nights finished quite late and as the folks dispersed into the gloomy December evening at about midnight, they suddenly noticed three gigantic silhouettes emerged from the sea horizon. Moving stealthily, there were half a dozen more such smaller silhouettes creeping behind. The three were Awagisan Maru, Ayatosan Maru and Sakura Maru navy transport ships of the Japanese Imperial Army, commanded by Major-General Hiroshi Takumi with its 5,200 troops on board and the smaller ones were light cruiser Sendai, destroyers Ayanami, Isonami, Shikinami and Uranami, minesweepers No. 2 and No. 3, and subchaser No. 9.As soon as they anchored just after midnight, about 3km from the shoreline, Nippon landing crafts were launched and fires were shot toward the heavily defended beach. The invasion of Kota Bharu hence commenced under the eyes of Lieutenant General Tomoyuki Yamashita.... whilst at the same, on the other side of the globe, his fellow comrade Vice Admiral Nagumo was still monitoring his first 183 fighter planes flying high towards Pearl Harbor.
Tuesday, December 06, 2005
What time is it?
Hari Sabtu yang baru lalu menyaksikan tersingkirnya lelaki Maghribi, Chico Slimani, dalam pertarungan X Factor di ITV. Kegagalan beliau untuk mara ke separuh akhir, melalui undi penonton, walaubagaimana pun telah meninggalkan berbagai warna kepada seluruh penonton. Chico yang di masa kecilnya manghabiskan seharian dengan mengembala kambing, telah memikat ramai peminat terutamanya kanak-kanak. Aksinya yang penuh ligat (beliau sebelum ini bekerja sebagai 'stripper') sering melenyapkan kelemahan vokalnya. Di setiap minggu, bilamana disebut akan namanya diantara mereka yang berjaya ke pusingan seterusnya, beliau terus menadah tangan dan mendongak ke langit seraya mengucap 'Allahuakbar'. Suatu ketika, beliau melutut dan mengaminkan doa.Walaupun tersingkir, kepopularan beliau kini sudah cukup untuknya... mungkin sebuah 'single' akan dipasarkan dalam sedikit masa lagi; lagunya sendiri yang didendangkan di minggu terdahulu, 'It's Chico Time', bersama para 'cheeky chiketts'.
Atok teringat juga pasal rancangan yang seiringan di Msia, AF, yang telah melahirkan fenomena Mawi. Tidaklah atok mengikuti akan perkembangan pop tanahair. Tapi bilamana agak kecoh baru-baru ini bila beliau diundang ke tanah tumpah, negeri Kilat-kilatan... maka atok pun ter-ambil tahu lah sedikit. Hatta atok bertanyakan kepada seorang rakan di tanahair; pasal dia ni dulu di zaman sekolah dan kolej, seorang penyanyi utama dan pemain gitar rancak. 'Sedap sangat ke si Mawi ni nyanyi?', tanya atok. Jawab M, 'Pada aku, sama je dengan mamat-mamat yang dok nyanyi jual ubat kat Bus Stand Klang tu, takpun mamat-mamat tu lagi sedap'.
Jadinya, oleh kerana nak disahihkan pendapat itu, atok pun melayarlah alam maya ni, cari kot-kot ada video klip. Dahtu jumpa lah; muat turun dan dapat dengar-tengok si Mawi ni nyanyi lagu lama 'Gadis Melayu' dan 'Beautiful Maria'.... aiseyman, betul lah kata rakan atok ... vokalnya hancussss. Memang agak setaraf dengan mamat-mamat yang atok pernah dok dengar di Bus Stand Klang tu la. Camno ni? Kalau ginilah juara di bumi Malaysia.... parah jugak lah kualiti penyanyi masakini rupanya. Ataupun, parah jugaklah citarasa rakyat marhain sekelian. Mmmm....
Nak dijadikan cerita, beberapa bulan lalu, dalam dok sembang2 dengan seorang kenalan di London... terkeluar lah kisah ni. Dia pun buka al-kisah riwayat. Katanya, ini maklumat dalaman dari Astro. Begini, katanya. Astro ni buat kajian, kat mana ramai orang berlanggan dengannya, kawasan mana, orang2 yg macamana, dll. Alaaa.... basic market reserach lah kata orang. Maka didapati, tidak ramai yang melanggan di kawasan-kawasan luar bandar, dan juga di tanah-tanah rancangan. Oleh itu, satu blueprint telah digariskan untuk menaikkan jumlah langganan. Dan jalan yang utama ialah melalui rancangan AF tu lah. Maka, dari mula....akan ditonjolkan, diwartakan, diagungkan, dijulangkan akan watak dan profil Mawi ni. Dalam kata lain, ianya adalah tektik pemasaran dengan menggunakan saikologi. Begitulah ber-surahnya kenalan atok tadi. Tambahnya, dengan AF dan Mawi tu, ternyata langganan dari tanah-tanah rancangan melonjak naik...dan akhirnya, kumpulan pemasaran dan yang menghasilkan grand design itu telah mendapat puji-pujian serta imbuhan bonus yang lumayan. Katanya lagi, yang rugi ialah anak-anak muda Melayu yang telah menghabiskan puluhan malah ratusan ringgit untuk mengundi melalui sms.
Hari ini pula... ada dua undi yang penting. Di sini, ketua parti Conservative yang baru telah diishtiharkan petang tadi, setelah semua undi dikira. David Cameron telah menewaskan lawanya David Davis dengan majoriti yang agak besar. Maka bermulalah lagi satu era baru parti yang masih gagal menumbangkan Maharaja Tony. Semua orang menunggu esok, kerana setiap Rabu ialah PMQ (Prime Minister's Questions), dimana selama 30 minit Perdana Menteri akan digasak oleh ketua pembangkang dengan berbagai soalan, kutukan, dan juga ejekan. Oleh kerana sessi parlimen disiarkan di tv, maka rakyat jelata dengan penuh minatnya menunggu untuk melihat debat pertama David Cameron menentang Tony Blair, setelah 3 ketua yang berlalu agak gagal.
Satu lagi pengundian, ialah di bumi tercinta tanah Kilat-kilatan. Dari mula-mula masuk ofis pagi tadi lagi, atok dah online tengok lapuran dari Pengkalan Pasir. Kejap-kejap, re-fresh. Yang up-to-date kebanyakannya website bulan. Menang sana, kalah sini. Mula tu ada yang tulis di tag-board, bulan dah memang. Maka disahut dengan 'takbir' oleh pelayar2 lain. Hujung2... keluar keputusan... bulan gerhana, dacing yang cerah. Namun, semua kena tunggu esok pagi untuk kiraan semula. Apa-apa pun, sudah tentu tiada akan adanya Tok Hj Imam yang mengamuk 'nja' peti-peti undi tak tentu pasal this time. Pasal se-gedebe mana pun 'oghe kito'... takde yang akan 'bgitu mmo, bedo'oh lalu...tok kaba ingak'. Pastinya ramai yang tak tidur malam menjaga peti-peti undi... yelah, ramai hantu dan jin yang berkeliaran mencari peluang untuk memenuhi watikah ketua masing-masing.
Yang pentingnya, siapa yang menang tu, nak kena lah tunaikan janji manis masing-masing.
Ghetok nok keno buak
Pitih nok keno bui
Ghumoh nok keno bekki
Jalae nok keno ta
Paghek nok keno gali
Kalu sekak kkecek bbua....
Tok payohlah...
'What time is it?'
'It's cikai time'
Atok tersenyum dengan satu sepanduk yang direntang:
Tepok amai-amai,Semoga aman sejahtera negeriku, amin.
Belalang kupu-kupu,
Takbir ramai-ramai,
Balak suku-suku.