semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, June 22, 2007

Rasa Landen

Tepat jam 12 tengahari semalam, bermulalah event taste of london 2007 di Marylebone Green, Regents Park, anjuran Channel4 & British Airways.

Sejak beberapa hari lepas, kami dok sibuk menyiapkan segala hal untuk rekabentuk dan hiasan dalaman bagi Tourism Malaysia yang mengambil bahagian. Semalam dan kelmarin, atok ambik cuti nak buat benda ni. Tunggang-langgang terkejar sana sini... akhirnya siaplah juga semalam: deadline 12:00 tengahari. Macam headless chickens kita org semua... alhamdulillah, tuan Director puas hati, ok lah tu.

Now, masuk ofis for another deadline.... pengsan macamni.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
gambar dari K800 sony-ericsson cuma.

Rekabentuk ruang 6mx6m ini atok bahagikan kepada 3 laman: fine dining, lounge, dan info(+batik painting). Dengan menggunakan panel2 kayu dan poster dinding, suasana yang cuba digambarkan ialah seperti pergi bercuti di Msia. Di ruang 'fine dining', atok gunakan poster dinding (3x x 2.4m) permandangan pantai, sementara di ruang 'lounge' pula, permandangan air terjun di hutan tropikal dijadikan background. 'Lounge' ini juga digunakan sebagai tempat mengurut. Nanti hari ahad ni, atok gi bawa proper camera.... semalam tu kecoh nak siapkan the booth.

Kaedah pasang-siap menggunakan panel kayu bersaiz 900 x 2400mm ini membolehkan ianya diguna semula dan boleh diadaptasikan mengikut saiz ruang dan keadaan. Hari Isnin depan, semua ini akan 'dibuka' dan dibawa ke Olympia, di Kensington untuk Luxury Travel Fair pula. Seterusnya, bulan depan ke Ilford (one-day Malaysia Festival event), dan Conway, Wales di bulan October nanti.

Frankly, atok tak pernah buat installation seperti ini.... first time ni, tu yang kalut and kecoh tu, banyak kelemahan dalam perancangan. Takpalah, dah buat ni, banyak boleh belajar untuk hari-hari yang mendatang.

ps:

kalau melawat, jangan lupa ke booth Awana Chelsea dan saksikan persembahan jaguh teh tarik & roti canai yang diterbangkan khas oleh Tourism Msia, Abang Mior Sazali... yang mempersonakan hadirin dengan lenggang lengguk nya menarik dan menebar. Dengar cerita, tahun ni je... dia dah ke 30 negara untuk menarik & menebar... hebat!

di booth Tourism M'sia pula... ada saudara Khalid Shamsuddin Arshad, dari Jendela Batik boutique... dan kalau penat berjalan, boleh rehat dan diurut kaki dan bahu (pilih satu dari 3 dara pingitan... tapi jangan berbicara Melayu, pasal depa tu sebenarnya minah Siam). semalam ada makcik omputih ni, sampai tertidur kat sofa tu masa diurut.
-----------------------------------

Photo update:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, June 11, 2007

seni budaya warisan negara

Malaysia Week 2007 @ Covent Garden (6-10 June) berakhir dengan jayanya malam tadi.

"Oh oh oh Malaysia... oh oh oh Malaysia... oh oh oh Malaysia..." sekali lagi bergema di sekitar 'theatreland' di Kota London.

Syabas!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, June 06, 2007

Taste of Msia

Saturday, June 02, 2007

Said Oghe Gedebe - Part 1



Said Oghe Gedebe - Part 2