Publisiti buruk?
Minggu lalu menyaksikan Malaysia dipromosikan dengan Malaysian Festival. Sebelumnya dengan Malaysian Pavilion di Chelsea Flower Show. Dan bermacam-macam lagi...Namun sehari dua ini, cerita pasal lawatan Cheerie Blair ke Malaysia atas jemputan YTL telah mendapat publisiti buruk. Seperti kebiasaannya, gerak geri, jumlah perbelanjaan dan bayaran kepada public figure di negara Barat akan sentiasa dipersembahkan kepada setiap rakyat jelata. Mrs Blair yang akan merasmikan Starhill Gallery dan menyampaikan ucapan dalam Sultan Azlan Shah (law) Lecture Series juga tidak boleh lari dari media massa yang akan mengorek setiap details. Ditambah pula dengan sangkut paut Mr. Yeoh yang suatu waktu dahulu disiasat (dan didapati tidak bersalah) oleh polis Britain atas tuduhan memberi rasuah dalam pengambilan Wessex Water oleh syarikat beliau.
Atas tekanan media dan ramai lagi, maka rancangan untuk Mrs Blair bersantaian di Pangkor Laut (dengan percuma) nampaknya terpaksa dibatalkan. Berapakah jumlah yang akan beliau terima juga dipersoalkan. Ada yang menambah, mengapa beliau yang begitu memperjuangkan hak asasi manusia ingin melawat Malaysia yang mempunyai rekod buruk dalam hal ini. Ada beberapa isu yang tertera di dada akhbar yang agak mencemarkan; telah menulis seorang cerdikpandai dari Oxford University di akhbar Daily Mail semalam bahawa rakyat Malaysia bersikap tidak adil/kejam pada kaum wanita; bila mengundi mereka sering mengundi parti radikal Islam, etc etc.
Kata orang: there is no such thing as bad publicity ....