poket yg kekosongan...
Hari Rabu minggu lepas, boss segala boss ofis atok telah mengutuskan warkah cintanya pada seantaro machai... mengisahkan perihal kesakitan yang menimpa poket yang semakin parah. Lalu beberapa aksi cepat dan pantas serta ligat harus diambil bagi memastikan kewujudan syarikat berterusan. Antaranya, seperti yang beliau maklumkan sebelum ini, ialah pembatalan Joget Lambak Makan Malam Tahunan.Dan di para hujung warkahnya... apa yang dikhuatiri oleh semua machai, dimadahkan. Gerakerja pembuangan akan bermula. Dinyatakan kumpulan mana di cawangan mana yang akan dicantas ahlinya (kami ada 10 cawangan di seluruh Pulau Impirialis ini). Alhamdulillah, kumpulan/team/group atok tiada dalam senarai.
Petang Jumaat lalu.... 7 orang di cawangan atok telah dinyahkeluarkan; 1xPlanning Director, 1xAssociate IT, 1xAssociate Urban Designer, 1xSenior Urban Designer, 1xSenior Urban Designer CAD Technician, 1xJunior Urban Designer & 1xGraphic Designer.
.... 3 bulan lagi, para boss akan bersidang sekali lagi untuk menjenguk poket2 mereka.
update:
Jumaat 18hb: 5 org lagi telah dinyahkeluarkan....kali ini dari group atok, nasib baik tak kena.