semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Wednesday, June 29, 2005

Semalam di Docklands

Semalam seharian di Isle of Dogs, Docklands. Ada project housing kat situ. Dah beberapa bulan been involved dengan project ni; semalam ada a couple of meetings on site. Lepas 2 meetings di sebelah pagi, client bawa makan tengahari di sini:

makan place
... di tepi Sungai Thames.

Berdepan dengan tempat ini, di seberang sana, terletak sebuah mansion yang pernah diduduki oleh Lord Nelson. Dan semalam juga di Portsmouth, berlangsungnya sambutan 200 tahun kemenangan Admiral Lord Nelson di dalam Battle of Trafalgar, menewaskan armada Peranchis dan Sepanyol, lantas melonjak naik kuasa imperial Great Britain ke seluruh dunia.

portsmouthRatusan kapal perang telah mengambil bahagian dalam sambutan penuh gemilang ini yang dihadiri oleh Maam sendiri, bersama dengan lintas hormat jet pejuang dan akrobatik Red Arrow.

Di samping itu terdapat juga ratusan kapal-kapal dan bot-bot persendirian yang turut sama memeriahkan suasana. Mungkin ada diantaranya yang dilahirkan di Pulau Duyung yang terkenal seantaro dunia akan kesenian pembuatan kapal secara tradisionalnya itu.


Canary Wharf, Docklands, Londra

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com


Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link